Lancar, tak sangkut, lelaki kongsi tip tampal pelekat RFID pada nombor plat

Iklan
3

SUSULAN penggunaan Radio Frequency Identification (RFID) sejak pertengahan Disember, ramai mendakwa terpaksa berhadapan kesesakan lalu lintas susulan pelbagai masalah. Antaranya ialah kesukaran untuk mengimbas pelekat RFID.

Ia hingga menyebabkan orang ramai terpaksa cuba mengundur dan maju ke hadapan semula beberapa kali sehinggalah palang plaza tol terbuka.

Iklan
Iklan

Perkongsian daripada seorang pengguna laman sosial TikTok ini boleh korang gunakan.

Iklan

Menurut Azri, dia cuba menampalkan secara sementara pelekat RFID pada nombor plat hadapan kenderaannya.

Iklan

Baca juga: Terpaksa Undur, RFID Tak Dapat 'Detect' Pada Hari Pertama, Warga Maya Luah Kesesakan Lalu Lintas

Bagaimanapun, dia tidak menyangka tip berkenaan berkesan membantunya melepasi lorong RFID dengan mudah.

"Saya cuba buat uji kaji, letak pelekat RFID pada nombor plat. Terus pergi ke plaza tol. Laju dia kesan,” Azri.

Menerusi video berdurasi satu minit 18 saat itu, Azri melepasi enam plaza tol dan ia dapat dikesan dengan mudah.

"Lebih cepat dikesan daripada tampal pada cermin. Malah ia lebih kemas dan tersorok. Korang boleh cuba,” titip Azri.

Tip yang dikongsikan Azri diakui berkesan warga maya. Rata-rata menghargai perkongsian tip berguna ini.

-"Terima kasih bro, tip yang berguna. Saya sudah buat memang menjadi. Laju dapat kesan dalam kelajuan 40kilometer sejam terus palang naik.”

-"Mantap, terbaik. Terima kasih atas perkongsian, esok jugak nak beli RFID.”

-"Awesome, terima kasih atas perkongsian.”

PENJAGAAN PELEKAT RFID

- Pelekat RFID amat sensitif dan boleh rosak jika ia dikopek untuk dilekatkan pada kenderaan lebih daripada sekali.

- Jangan mencuci cermin hadapan atau lampu hadapan kenderaan dalam masa 24 jam selepas pelekat RFID dipasang.

- Elakkan menggunakan cecair kimia sewaktu membersihkan cermin hadapan atau lampu hadapan kenderaan.

- Jangan menanggalkan atau mengeluarkan pelekat RFID. Ia akan gagal berfungsi sekiranya berbuat demikian.

Baca juga: RFID Bermasalah, Pengguna Boleh Dapatkan Gantian Pelekat Percuma Daripada PLUS

Baca juga: Lebih 20 Tahun Mudahkan Pembayaran Tol, Kad Touch ’N Go, SmartTAG Akan Dihentikan Secara Berperingkat

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok @azrizakaria901, T /photo/1">witter @plustrafik