ISU berkaitan penggunaan Radio Frequency Identification (RFID) dalam transaksi tol menjadi bualan ramai susulan didakwa menjadi punca kesesakan di beberapa buah plaza tol seluruh negara.

Sejak awal minggu ini, perihal RFID sering dilaporkan media susulan kesesakan beberapa plaza tol di Lembah Klang termasuk Plaza Tol Putra Mahkota dan Sungai Besi sesak teruk.

Susulan itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) segera menambah baik perkhidmatan dengan menggandakan kehadiran petugas mereka di plaza tol selain meningkatkan keterlihatan papan tanda arah bagi pengenalan lorong RFID.

Baca juga: Terpaksa Undur, RFID Tak Dapat ‘Detect’ Pada Hari Pertama, Warga Maya Luah Kesesakan Lalu Lintas

Antara masalah yang dihadapi pengguna ialah pelekat RFID tidak dikesan oleh sistem menyebabkan mereka terpaksa berundur dan membuka semula pelekat berkenaan.

Hal ini bukan sahaja menyebabkan kesesakan lalu lintas, malah menyebabkan pengguna menanggung kos pelekat yang gagal berfungsi.

PLUS cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna lebuh raya kendaliannya termasuk memberikan gantian pelekat itu secara percuma.

Bagi korang yang berhadapan masalah berkaitan RFID, berikut empat info berkaitan yang akan memudahkan transaksi di plaza tol.

1-Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS Syed Mohammed Idid Syed Ahmed Idid berkata kepada BERNAMA, ketika ini, petugas tambahan diletakkan di plaza tol bagi membantu pengguna yang mengalami masalah dengan pelekat RFID.

2-“Kita ada orang ‘standby’ (tunggu sedia) dengan peranti ‘hand held’ (pegang tangan), kalau RFID tidak dapat ‘detect’ (dikesan), kita akan bantu beli satu kupon untuk pergi ke ‘fitment’ (pusat pemasangan) Touch ‘n Go (TnG) yang terdekat untuk ‘check’ (periksa) RFID.

3-”Jika waktu itu TnG masih tidak dapat ‘detect’, kita akan beri RFID ‘tag’ yang baharu secara percuma,” katanya

4-Dalam pada itu, Syed Mohammed Idid berkata pengguna lebuh raya tidak perlu bimbang kerana kaedah pembayaran menggunakan kad TnG dan Smartag masih terdapat di kebanyakan plaza tol di seluruh negara.

Iklan


Baca juga: Touch n Go, SmartTAG bakal mansuh. Ini cara mudah pasang, aktifkan RFID pada kenderaaan

PENJAGAAN PELEKAT RFID

  • Pelekat RFID amat sensitif dan boleh rosak jika ia dikopek untuk dilekatkan pada kenderaan lebih daripada sekali.

  • Jangan mencuci cermin hadapan atau lampu hadapan kenderaan dalam masa 24 jam selepas Tag RFID dipasang.

  • Elakkan menggunakan cecair kimia sewaktu membersihkan cermin hadapan atau lampu hadapan kenderaan.

  • Jangan menanggalkan atau mengeluarkan Tag RFID. Tag RFID gagal berfungsi sekiranya berbuat demikian.

Sistem RFID membolehkan pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti dan bergerak di lorong RFID dengan kelajuan 30 kilometer sejam serta membolehkan pengguna melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh.

Iklan

RFID turut menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan e-dompet Touch ‘n Go tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai.

Untuk jangka masa panjang, projek perintis sistem RFID dilihat lebih menjimatkan kerana ia sifar penyenggaraan dan lebih selamat serta bayaran dihubungkan dengan akaun e-dompet yang boleh dibayar secara debit automatik.

Baca juga: Lebih 20 Tahun Mudahkan Pembayaran Tol, Kad Touch ’N Go, SmartTAG Akan Dihentikan Secara Berperingkat

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: BERNAMA, Twitter @plustrafik