TENSIONKAN apabila daun sup, lengkuas, serai dan cili yang baru beli, tapi akhirnya tidak boleh digunakan.
Ini antara masalah yang selalu dihadapi. Ada yang belum buka daripada bungkusan, tetap juga ia layu dan lembik dalam peti sejuk. Sudahnya terpaksa buang! Dah kena beli baru.
Jangan risau, ada cara simpan daun sup, lengkuas, serai, cili api, dan cili dalam peti sejuk agar kekal segar.
Boleh simpan sampai berbulan-bulan lamanya! Jom ikut cara ni.
1. Daun sup
[caption id="attachment_8794" width="1024"] JANGAN buang akar daun sup kalau mahu ia kekal segar dan tahan lama.[/caption]
Pokok daun sup perlu disimpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5 liter) dan diletakkan di dalam peti ais.
Pokok yang disimpan dengan kaedah ini dapat bertahan lebih dari sebulan. Tumbuhan kalau ada akar seperti daun kesum juga boleh disimpan dengan kaedah ini.
2. Serai dan lengkuas
[caption id="attachment_8793" width="1024"] MASUKKAN serai dalam bekas kaca dan letakkan air hingga ia tenggelam. [/caption]
Simpan di dalam botol kaca dan diisi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut. Tutupkan botol dengan kedap. Air boleh ditukar dua minggu sekali atau ikut keperluan. Perlu disimpan dalam peti ais dan ia mampu bertahan berbulan lamanya!
[caption id="attachment_8792" width="1024"] CARA menyimpan lengkuas sama dengan serai tadi.[/caption]
Selain lengkuas dan serai, ramai juga yang menggunakan cara ini untuk menyimpan kunyit supaya kekal segar.
3. Cili
[caption id="attachment_8790" width="1024"] MASA simpan cili dalam bekas kedap udara, jangan lupa letak tisu atau surat khabar di bawahnya.[/caption]
Cili perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan untuk mengelakkan tangkai menjadi lembik, sekali gus menyebabkan cili menjadi busuk. Simpankan dalam bekas bertutup yang dialas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar. Setiap kali menggunakan bahan ini, rajin-rajinkan diri untuk mengelap penutup bekas simpanan cili supaya wap-wap air hilang. Salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah.
Simpan dalam peti sejuk pasti akan tahan lebih lama.
Wah, memang praktikal sangat cara simpan daun sup, serai, lengkuas, dan cili. Tak susah pun sebenarnya. Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran, duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan.
Selamat mencuba!
PENULIS: NURUL ADRIANA
KREDIT TIP & FOTO: FACEBOOK (PN SUHANA MAT RASU), CANVA