Tahniah! Atlet paralimpik Latif Romly terima gelaran Datuk

Iklan
4

SIAPA tidak mengenali Abdul Latif Romly, 25, jaguh paralimpik yang pernah memecahkan rekod dunia lompat jauh T20 sebanyak tiga kali pada hari yang sama?

Ternyata bukan calang-calang anak muda Malaysia kelahiran Perlis ini.

Iklan
Iklan

Latif yang telah menyumbang pingat emas ketiga negara pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 September lalu melalui episod rumit di Tokyo sehingga terpaksa disorong menaiki kerusi roda.

Ia susulan kecederaan yang dialami mencetuskan kesakitan pada bahagian pangkal paha dipercayai kerana salah mendarat.

Iklan

Baca juga: 'Sportmanship World Class' - Atlet Paralimpik Greece Dapat Pujian Ramai Bantu Latif Romly

Iklan

Bagaimanapun kesakitan yang dialami tidak membunuh semangat memburu pingat buat negara.

Bagi menghargai sumbangannya kepada arena sukan paralimpik negara, Latif dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah  yang membawa gelaran Datuk.

Momen membanggakan Majlis Sukan Negara itu turut dikongsikan di laman sosial Twitter rasminya.

Baca juga: Hadiahkan Malaysia Pingat Emas Paralimpik, Latif Romly Terima Insentif RM150,000

"Tahniah!!! Datuk. Atlet Para Olahraga Abdul Latif Romly terima pingat Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran Datuk,” katanya.

Hantaran tersebut menerima ribuan tanda suka dan ratusan komen dari warganet.

Rata-rata menzahirkan ucapan tahniah buat Latif.

Selain Latif, bekas atlet terjun negara, Leong Mun Yee turut dianugerahkan pingat yang sama yang membawa gelaran Datuk.

Baca juga: Leong Mun Yee Bagi Bayangan Bersara, Ingin Bina Rumah Tangga

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber:">Twitter MSN