ATLET paralimpik Malaysia, Abdul Latif Romly yang memenangi pingat emas lompat jauh T20 di Paralimpik Tokyo 2020 baru-baru ini menerima insentif tunai RM150,000 daripada kerajaan negeri Perlis.

Jika diimbas kembali aksinya di Tokyo awal bulan ini, atlet berusia 24 tahun itu melalui episod dramatik apabila beliau mengalami kecederaan dipercayai salah mendarat.

Susulan itu, kecederaan yang dialami mencetuskan kesakitan pada bahagian pangkal paha, sehingga Abdul Latif terpaksa dibawa menaiki kerusi roda.

Begitu besar pengorbanan atlet negara ini menangggung kesakitan dalam memburu emas buat negara.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man insentif tunai itu adalah sebagai penghargaan atas pencapaian Abdul Latif yang membawa kejayaan di negara ini dan Perlis.

Azlan menyerahkan insentif itu kepada Abdul Latif di pejabat Menteri Besar. Turut hadir ialah ibu atlet Salmah Yatim dan ayah Romly Mat.

Dalam pada itu, Abdul Latif difahamkan sedang berehat sebelum membuat persediaan untuk tugasan tahun hadapan iaitu World Para Athletics Championships di Kobe, Jepun, Asian Para Games di Hangzhou, China dan Sukan Para ASEAN di Vietnam.

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LATIFROMLY (@latifromly)

Terdahulu, Abdul Latif pernah memecahkan rekod dunia lompat jauh T20 sebanyak tiga kali pada hari yang sama lalu memenangi pingat emas ketiga Malaysia pada 11 September di Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 di Rio, Brazil.

Iklan

Baca juga ‘Sportmanship World Class’ – Atlet Paralimpik Greece Dapat Pujian Ramai Bantu Latif Romly

Bukan calang-calang anak muda Malaysia, semoga kisah kejayaan Abdul Latif ini memberikan semangat dan inspirasi buat kita semua.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!