HARAPKAN pegar, pegar makan padi.
Demikianlah peribahasa yang sesuai bagi menceritakan situasi yang dialami seorang pengguna media sosial ini.
Pengguna Facebook, Yuyun Nissa yang berkongsi bagaimana kediamannnya dimasuki oleh seorang pengawal keselamatan yang dikenali.
Perkongsian di laman sosial di Facebook itu baru-baru memeranjatkan warganet. Malah ia menjadi tular sekelip mata.
Menurut Yuyun, dia mendapat notifikasi dari kamera litar tertutup (CCTV) dan tidak menyangka pengawal yang sepatutnya menjaga keselamatan di kawasan perumahannya sendiri telah memecah masuk rumah dalam diam dengan tujuan yang tidak baik.
Baca juga: Tak Tidur Pun, Gadis Terselamat Keracunan Gas Dalam Kereta Jelaskan Kronologi Kejadian
KRONOLOGI PENCEROBOHAN
Berikut kronologi kejadian yang diceritakan wanita itu:
"Hendak dijadikan cerita, pada 10 Februari 2022, jam 12.14 pagi Yuyun belum sampai ke rumah lagi kerana masih di luar dalam perjalanan pulang dari makan malam.
"Tiba-tiba menerima dapat notifikasi aplikasi CCTV, ia dapat mengesan pergerakan dari dalam."Motion detected” asyik menyala-nyala.
"Jadi saya terus buka dan tengok live CCTV. Allahuakhbar sekali tengok ada seorang lelaki dalam rumah.
"Lelaki itu macam dikenali sangat. Apabila saya tengok baju dia pakai, Oh No!! Kenal sangat. Rupanya security guard perumahan Yuyun,” titip wanita itu.
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, lelaki berkenaan dilihat ke sana dan ke mari di dalam rumah. Malah lelaki itu sempat menghubunginya, seolah-olah mempunyai niat yang tidak baik.
Seolah-olah ada niat tidak baik
"Dia berkeliaran dalam rumah naik turun siap buka baju seluar semua. Sempat lagi dia menghubungi menerusi Whatsapp Call, bertanya saya di mana ketika itu.
"Motif dia bukan nak mencuri atau merompak pun. Dia memang nak cari Yun ada niat yang tidak baik,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Yuyun, kediaman yang dikunci rapi telah dibolosi tidak tahu dari mana.
Bagaimanapun mujurlah kakak dan abang ipar yang tinggal berdekatan segera ke rumahnya.
Tertinggal baju seragam
"CCTV cuma dapat mengesan pergerakan di ruang tamu sahaja. Saya terus cepat-cepat call kakak dan abang ipar, minta mereka tengokkan rumah.
"Bila abang ipar sampai sahaja di rumah terus lelaki itu lari keluar rumah hingga tertinggal baju kerjanya.
"Alhamdulillah bersyukur sangat kerana ALLAH memelihara dan melindungi saya dam anak-anak.
"Ya ALLAH perasaan takut seram semua ada. Tidak dapat dibayangkan kalau saya ada di rumah dengan anak-anak,” titipnya.
Baca juga: [VIDEO] Meremang, Rakaman Kelibat Entiti Rambut Panjang, Berbaju Putih Di Lebuh Raya Tular
Kes telah dilaporkan kepada pihak polis
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Menurut Yuyun, lelaki berkenaan telah diberkas. Lebih mengejutkan polis turut memberitahu pengawal itu turut mempuyai rekod lampau najis dadah.
"Okay, akhirnya tahu kenapa dia berani sangat sampai masuk rumah. Saya berterima kasih kepada pihak polis yang cekap dan cepat membuat tangkapan,” tulisnya.
"Saya bersyukur tiada apa yang berlaku. Cuma ingin mengingatkan korang walaupun kita tinggal dalam kawasan perumahan yang ada kawalan keselamatan belum tentu rasa selamat.
"Sentiasa berjaga-jaga dan berhati-hatilah semua,” pesannya.
Menurut Yuyun, kes berkenaan sedang berjalan. Justeru dia turut meminta titipan doa daripada warga maya agar semuanya dipermudahkan.
Baca juga: Kelakar Habis, Hadiah Yang Dibawa Kawan Pengantin Ini Bikin Ramai Ketawa Berdekah
Baca juga: Buat Eksperimen Jadi Penghantar Makanan, Pemuda Raih RM83,000 Dalam 100 Hari
Jom follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Yuyun Nissa