BAGI pengguna lebuh raya, waktu perjalanan lewat malam atau awal pagi agak menyeramkan memandangkan jumlah kenderaan yang berkurangan.

Pengguna TikTok bear_97, Mohd Nazrul berkongsi pengalaman menyeramkan yang dilalui baru-baru ini. Dalam kejadian lewat malam itu, dia telah terserempak entiti berambut panjang di sebuah lebuh raya.

“Siapa tinggal makcik tepi jalan?” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Rakaman dashcam memaparkan kelibat entiti seperti seorang perempuan tua sedang berjalan pada bahagian bahu jalan.

Manakala menerusi rakaman dashcam belakang, entiti berkenaan kelihatan berada berdekatan pengadang jalan.

 

Baca juga: [VIDEO]’Lembaga putih’ tumpang pacuan empat roda bikin kecut perut

Mohd Nazrul mengakui turut berasa meremang ketika kejadian. Menerima 2.4 juta tontonan, video berdurasi 11 saat itu menimbulkan rasa seram warga maya.

Situasi aneh itu menimbulkan tanda tanya warga maya. Rata-rata mengaku turut dapat menyaksikan kelibat entiti berkenaan dan beranggapan ia peristiwa misteri yang mistik.

Baca juga: Mata merah, tinggi daripada manusia, pengamal perubatan dedah rakaman interaksi makhluk halus

“Siapa nampak tepi sebelah kiri ada seorang perempuan berbaju warna putih rambut panjang sedang berjalan?”

“Ya nampak atas flyover. Depan sikit kawasan nirvana. Saya pernah selisih dengan pakcik bawa guni tapi muka tunduk bawah.”

“Nampak. Semasa kamera depan belah kiri kita, dia tengah duduk. Semasa kamera belakang dia berdiri atas tu.”

“Masalahnya aku nampak kepalanya sahaja, rambut panjang.”

Iklan

“Nampak belah kiri rambut panjang baju putih.”

“Sebelah kiri ada perempuan baju putih rambut panjang berjalan. Masa kamera belakang nampak berdesup dia lari.”

“Dia terapung korang.”

@bear_1987 #fyp ♬ original sound – KiLlEr_GiRl😎

Iklan

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di lebuh raya di Lembah Kelang berhampiran ibu negara.

Apa pun, diharapkan kita berhati-hati di jalan raya, semoga terhindar segala bahaya.

Baca juga: [VIDEO] Meremang, frontliner terima panggilan misteri rumah kosong, rupanya pesakit…

Baca juga: [VIDEO] Pocong Goyang Badan, Geleng Kepala, Ganggu Abang Polis Di SJR

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: TikTok @bear_97