Kemalangan tragis ibu hamil ‘lahirkan’ bayi di tempat kejadian, suami luah sedih namun reda

Iklan
4

KISAH kemalangan membabitkan tiga maut termasuk seorang ibu hamil dan bayinya menyentuh hati rakyat Malaysia.

Lebih menyayatkan hati, pemergian mangsa nahas, Nur Hasliza Abdul Yazaib, 25, dan zuriat keempatnya hanya beberapa hari sebelum dijadualkan bersalin pada 24 Februari ini.

Iklan
Iklan

Ketika kejadian pada jam 7.00 malam itu, motosikal ditunggang seorang lagi mangsa maut, Muhamad Shakim Muhamad Zaki, 18, gagal dikawal motosikal.

Ia kemudian terbabas dan melanggar motosikal ditunggang Nur Hasliza dan dibonceng anak perempuannya, Nurul Iman Maisara, 6.

Iklan

Baca juga: Wanita harungi detik cemas, bersalin dalam kereta beberapa jam selepas hospital minta balik ke rumah

Iklan

BAYI MENYUSUL 

Susulan kesan kuat pertembungan, bayi lelaki di dalam rahim Nur Hasliza dikatakan terkeluar semasa kemalangan.

Bayi lelaki berkenaan difahamkan disahkan turut meninggal dunia selepas kira-kira lima jam dirawat Hospital Pasir Mas. Manakala Nurul Iman Maisara mengalami cedera parah di kepala.

Baca juga: Ibu hamil punyai tekanan darah tinggi, diabetes lebih mudah diserang strok

SEDIH NAMUN REDA

Suami Allahyarham Nur Hasliza, Mohd Khairi Hasbullah, 31, meluahkan kesedihan atas kehilangan dua insan tersayang sekali gus.

"Saya reda dengan pemergian isteri dan anak. Namun perasaan sedih tidak dapat digambarkan, apatah lagi arwah pergi dengan cara sebegini,” tuturnya.

ANAK CEDERA PARAH

Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata berkata tumpuannya ketika ini adalah kepada anak keduanya Nurul Iman Maisara yang turut terbabit dalam kemalangan.

"Nurul Iman Maisara ketika ini sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya.

Jenazah Nur Hasliza dan bayi lelakinya selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Stol.

SinarPlus menitipkan ucapan takziah buat keluarga mangsa yang terbabit kemalangan.


TIP MENUNGGANG MOTOSIKAL BAGI WANITA HAMIL

1. Sentiasa memakai topi keledar semasa menungang atau membonceng.

2. Pakai kasut rata yang selesa. Elakkan kasut tumit atau sandal bertali.

3. . Elakkan menunggang ketika lalu lintas sibuk.

4. Sekiranya menunggang pada waktu malam, pakai jaket jaket keselamatan agar dapat dilihat dari jauh.

5. Berhati-hati di selekoh, lubang dan mahupun bonggol.

6. Pandu pada had kelajuan sederhana dan berhati-hati. Jangan memotong kenderaan lain untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

Baca juga: Salur Darah Paru-Paru Tersumbat Darah Beku, Pulmonary Embolism ‘Pembunuh Senyap’ Wanita Selepas Bersalin

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Bernama, Parenting.com