Wanita harungi detik cemas, bersalin dalam kereta beberapa jam selepas hospital minta balik ke rumah

A
A
A

PROSES kelahiran adalah situasi yang mencemaskan dua nyawa iaitu ibu dan bayi. Kerap kali dipesan wanita hamil perlu ke hospital sekiranya sudah mempunyai tanda-tanda untuk bersalin.

Namun, lain pula halnya yang berlaku di Pulau Pinang. Seorang ibu terpaksa melahirkan bayinya di dalam kereta gara-gara tidak sempat sampai ke hospital semula.

Dalam satu hantaran di laman sosial Facebook Penangku Viral, wanita berkenaan terdahulu pergi ke sebuah hospital kerajaan kerana sudah mempunyai tanda-tanda bersalin pada jam 11.00 pagi.

Baca juga: Buang Air Besar Tanda Waktu Bersalin Sangat Dekat, 8 Perkara Ibu Perlu Hadamkan Elak Kematian Bayi

Bagaimanapun, dia diminta pulang pada jam 3.45 petang kerana diberitahu masa bersalin belum tiba kerana bukaan ketika itu hanya 2 sentimeter (cm).

Wanita berkenaan juga difahamkan sudah merayu untuk terus berada di wad kerana kediamannya di Sungai Ara, Bayan Lepas, agak jauh dari hospital.

Rayuannya itu dipercayai tidak dipertimbangkan menyebabkan wanita tersebut terpaksa pulang ke rumah selepas mengharungi kesesakan trafik selama sejam dan tiba pada jam 5.15 petang.

Gambar hiasan.

Baca juga: Salur Darah Paru-Paru Tersumbat Darah Beku, Pulmonary Embolism ‘Pembunuh Senyap’ Wanita Selepas Bersalin

Bagaimanapun pada jam 7.00 malam, dia mengalami turun darah yang banyak dan terpaksa bergegas ke hospital itu semula yang akan mengambil masa 50 minit hingga 1 jam 20 minit mengikut aplikasi Waze berikutan waktu puncak.

Wanita berkenaan bagaimanapun akhirnya telah melahirkan bayi di dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke hospital sebelum dibawa suaminya ke hospital swasta terdekat.

Untuk pengetahuan para pembaca, proses kelahiran yang tidak dipantau kakitangan terlatih dan bertauliah adalah berbahaya.

Ia mendedahkan ibu dan bayi kepada pelbagai risiko seperti tumpah darah, bayi lemas, jangkitan kuman dan sebagainya.

Baca juga: Siap Masak Lauk Pantang Sebelum Bersalin, Mudahkan Suami. Menu Wanita Ini Dikongsi Hampir 10,000

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Facebook PenangKu Viral

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca