HARI ini masuk hari ke-13 kes kematian aktres Thailand, Tangmo Nida.
Pergi pada usia 37 tahun, kematian tragis Tangmo mengundang simpati hingga ramai yang terus mengikuti perkembangan siasatan hingga kini.
Lebih-lebih lagi apabila timbul beberapa isu, penemuan dan bukti yang mencurigakan daripada pelbagai pihak.
Terbaru, pihak Institut Perubatan Forensik (IFM) Hospital Besar Polis mendapati tiada tanda-tanda yang menunjukkan wanita berkenaan dipukul.
Ekkapun yang turut menjadi sukarelawan dalam operasi pencarian adalah antara yang pertama melihat mayat Tangmo ketika ditemui.
Ketua Institut Perubatan Forensik (IFM), Supichai Limsiwawong berkata kepada Bangkok Post, doktor yang menjalankan bedah siasat memaklumkan mayat Tangmo mengalami beberapa luka, terutama yang besar ditemui pada paha kanan.
Bagaimanapun, dia masih belum menerima laporan berhubung sebarang kecederaan di kepala.
Terdahulu, ibu Tangmo, Panida Siriyuthayothin mahu proses bedah siasat ke atas mendiang dilakukan semula susulan terdapat beberapa perkara meragukan semasa siasatan kali pertama.
Direkodkan, Tangmo terjatuh ke dalam sungai pada 11 malam Khamis lalu ketika menaiki bot laju di Sungai Chao Phraya bersama-sama empat rakannya dari Krung Thon Bridge ke Rama VII Bridge.
Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh kira-kira 38 jam selepas kejadian.
Manakala saksi mendakwa mendiang duduk di bahagian paling belakang di dalam bot berkenaan sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai.
Setakat ini, dua rakan bot Tangmo iaitu Tanupat Por Lerttaweewit dan Phaiboon Robert Trikanjananun telah didakwa kerana mengendalikan kapal tanpa lesen dan kecuaian sehingga menyebabkan kematian.
Baca juga: Penyiasat Jenayah Terkemuka Thailand Tolak Dakwaan Saksi, Punca Kematian Aktres Thai Mencurigakan
Baca juga: Keluarga Sedia Baju Terakhir, Jasad Tangmo Nida Tidak Benar Disolek Kerana…
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus