KEMATIAN pelakon cantik Thailand, Tangmo Nida, 38 akibat terjatuh dari bot laju di Sungai Chao Phraya minggu lalu menjadi perhatian ramai.

Tangmo terjatuh ke dalam sungai sekitar jam 10.40 malam Khamis manakala mayatnya ditemui kira-kira jam 1.00 tengah hari Sabtu lalu.

Lebih menyentuh hati, ibunya jatuh tidak sedarkan diri hingga terpaksa diusung saat jasad aktres itu ditemui.

Dalam perkembangan terkini, Bangkok Post melaporkan bedah siasat mengesahkan Tangmo meninggal dunia akibat lemas susulan penemuan lumpur pada paru-parunya.

Polis turut menemui luka besar di paha kanannya tetapi masih belum mengesahkan sama ada ia berasal dari kipas bot. Terdapat calar kecil di kaki kirinya dan polis masih belum mengenal pasti puncanya.

Baca juga: Maut terjatuh dari bot, ibu sangsi kematian Tangmo Nida

 

Baca juga: Kronologi pelajar dinoda, badan dikerat, kepala direbus. Ahli farmasi dipenjara, diarah bayar pampasan RM192 ribu

Rakan bot Tangmo, Nitas Kiratisoothisathorn didapati mengalami calar pada lengan dan lebam di bahunya.

Pihak tempatan berkata mereka tidak dapat menjalankan pemeriksaan ke atas lima rakan bot Tangmo serta-merta kerana perlu menunggu kebenaran.

Kelima-lima rakan Tangmo dianggap sebagai saksi kejadian, bukan suspek.

Difahamkan polis sedang menunggu keputusan ujian darah dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Dalam perkembangan berkaitan, bekas pesuruhjaya polis, Kamronwit Toopkrajang turut mengulas kes Tangmo. Penyiasat berpengalaman itu menolak teori bahawa luka kaki Tangmo akibat terkena kipas bot.

Selain itu, berikut adalah beberapa perkara yang dibangkitkan Toopkrajang berkaitan fakta kes yang mencurigakan:

1-Laporan bedah siasat yang dikeluarkan menunjukkan Tangmo meninggal dunia akibat lemas. Pakar patologi yang terlibat tidak dapat menentukan fakta penting termasuk punca kecederaan pada kaki Tangmo dan sama aktres tersebut cuba membuang air atau tidak.

Jika Tangmo benar-benar membuang air kecil di belakang bot, mengapa mayat yang ditemui dengan pakaiannya dalam keadaan utuh, seolah-olah dia tidak pernah cuba dibuka? Malah jaketnya masih dililit di pinggangnya. Toopkrajang berkata cerita itu terlalu ‘diada-adakan.’

2-Pemeriksa forensik tidak dapat menentukan sama ada Tangmo benar-benar membuang air kecil sebelum lemas kerana mayatnya telah berada di dalam air untuk tempoh yang lama. Jadi, mereka juga tidak dapat menentukan sama ada aktres itu terjatuh secara tidak sengaja atau jika dia telah ditolak.

Iklan

3-Luka yang dalam sepanjang 30 sentimeter pada kaki Tangmo mungkin disebabkan oleh kipas bot yang telah memotong arteri utama sekali gus mengehadkan keupayaannya untuk berenang. Sekali lagi, Toopkrajang berkata luka itu tidak konsisten dengan puncanya iaitu kipas bot yang berputar. Kipas bot yang sedang berputar akan mengoyakkan daging. Justeru, lukanya bukan berbentuk lurus.

4-Bedah siasat tidak dapat menentukan sama ada kakinya dicederakan sebelum atau selepas kematian. Sedangkan jelas sekali Tongmo masih hidup ketika dia di bawah air kerana dia masih bernafas, tetapi tidak boleh berenang. Ia menunjukkan kakinya cedera sebelum dia lemas.

5-Polis perlu melawat restoran tempat kumpulan itu kunjungi untuk makan malam dan menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pergerakan keluar dan masuk dan makanan yang dipesan. Adakah mereka memesan minuman beralkohol?

6-Periksa kelajuan bot. Beberapa penduduk tempatan memberitahu bot berkenaan sering dibawa pada kelajuan tinggi. Sekiranya bot berada pada kelajuan tinggi, tempoh dari restoran ke tempat kejadian tidak boleh melebihi 30 minit. Penumpang bot biasanya kena pergi tandas dulu. Cubaan membuang air kecil di belakang bot yang dibawa laju adalah mustahil.

“Saya berharap pihak polis akan menangani kes ini secara jujur dan terus. Mereka orang berada tetapi perlu dihukum jika melakukan sesuatu yang salah.

Iklan

“Jika saya berada di atas bot dan seseorang jatuh, saya akan melakukan segala-galanya untuk mencari orang itu.

“Ini pelik. Orang yang menaiki bot bersama mangsa menghilangkan diri selama sehari sebelum memberi maklumat kepada polis. Di manakah mereka? Adakah sedang menyediakan sesuatu?” kata Toopkrajang.

Rata-rata warga maya mendakwa rakan-rakan bot Tangmo termasuk pemilik bot itu masih belum memberitahu polis kisah keseluruhannya.

Semoga kes ini menemui kebenarannya tidak lama lagi dan pesalah diberikan hukuman setimpal.

Baca juga: Kronologi kes pembunuhan kejam ketua jururawat, lelaki Nigeria dihukum gantung sampai mati

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: The Thaiger, Bangkok Post, Thai PBS World,