KISAH kematian pelakon, Tangmo Nida atau nama asalnya Pataratida Patcharawirapong sudah berlarutan sejak hampir dua minggu yang lalu.

Khabarnya, jasad aktres itu bakal menjalani proses krematorium 14 Mac di Gereja Methodist, Wilayah Pathum Thani.

Baca juga: Kronologi insiden Tangmo Nida mati lemas, pengurus didapati putar belit fakta kejadian

Memetik portal Khaosod, pihak forensik mendedahkan bahawa tiada ahli keluarga solek dibenarkan menyolek jasad mendiang kerana dipercayai proses itu sukar.

Ia susulan keadaan mayat yang sudah berubah menjadi gelap, dan kering kerana kehilangan total air dalam badan selepas tenggelam selama dua hari, proses pembersihan luka, bedah siasat serta disimpan di dalam bilik sejuk khas.

Baca juga: [VIDEO] Beritahu Sejuk, Tenggelam Bawah Jambatan, Benarkah Wanita Ini Dirasuk Roh Tangmo Nida?

Menurut jabatan forensik, keluarga dijadualkan akan menerima jasad aktres itu bagi memberi peluang saudara mara dan rakan-rakan bagi memberi penghormatan terakhir bermula 11 hingga 13 Mac.

Iklan

Difahamkan keputusan keseluruhan siasatan kes akan diumumkan pada Jumaat.

Insiden tragis pelakon berusia 38 tahun itu menjadi perhatian dan menyebabkan ramai tersentuh.

Tangmo yang pernah membintangi filem The Flying Leaf itu dipercayai terjatuh ke dalam sungai sekitar 11.00 malam 24 Februari lalu ketika menaiki bot laju di Sungai Chao Phraya bersama lima rakannya dari Krung Thon Bridge ke Rama VII Bridge.

Iklan

Jasadnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Baca juga: #SiBibirMerah Kematian Tangmo Nida Disahkan Kemalangan, Timbul Spekulasi Dipaksa Lakukan Hubungan Intim

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI