Ibu tetak anak sampai mati kerana tak mahu si kecil hidup susah dan sedih

Iklan
Untitled design - 2022-03-21T225722.955

KESEMPITAN hidup boleh membuatkan sesiapa sahaja melakukan apa sahaja termasuk perkara-perkara yang dilarang oleh agama.

Antaranya adalah seperti mencuri, merompak termasuk membunuh. Hal demikian sebenarnya bukan asing lagi. Bukan sahaja berlaku di negara kita, malah di luar negara.

Iklan
Iklan

Di Jawa Tengah, Indonesia misalnya, gara-gara tidak mahu anak-anak hidup susah, seorang ibu, Kanti Utama, 35, sanggup menetak anak lelakinya dalam kejadian Ahad lalu.

Baca juga "Kembalikan ayahku!" - Anak jadi saksi bapa dibunuh mengamuk, histeria lihat suspek

Iklan

Suspek kini sedang meringkuk di dalam penjara.

Memang pelik, tetapi tragedi yang dilaporkan oleh portal berita tempatan, PanturaPost memang benar-benar berlaku.

Iklan

Insiden yang berlaku pada jam 2 petang di Kompleks Sokawera RT 03/02 Desa Tonjong, Daerah Tonjong, Brebes telah menyebabkan mangsa yang berusia enam tahun yang dikenali sebagai Atiya maut di tempat kejadian.

Dalam sebuah rakaman video yang diterima PanturaPost, Kanti membuat pengakuan selepas membunuh anaknya.

Rakaman yang dipercayai dibuat di dalam sel penjara, dia mengaku ingin menyelamatkan anak-anaknya meski dengan cara yang salah kerana meyakini kematian anak-anaknya adalah jalan terbaik untuk mereka.

"Saya ingin menyelamatkan anak-anak saya biar tidak hidup susah, tak perlu rasa sedih. Biar mereka mati supaya tak sedih seperti saya" katanya.

Baca juga Selepas 62 tahun, identiti Little Miss Nobody terbongkar, misteri rangka kanak-kanak perempuan ini rupa-rupanya...

Kanti juga dilaporkan sebagai berkata, dia selama ini kurang kasih sayang dan mengaku sudah tidak sanggup lagi hidup dengan keadaan ekonomi yang cukup perit. Ditambah lagi, suaminya yang sedang menganggur.

"Saya tak gila, saya sebenarnya teringin mahu disayangi bersama suami. Saya tak sanggup lagi kalau kontrak kerja suami saya habis dan berterusan menganggur," luahnya.

Sebenarnya selain Atiya, Kanti sebenarnya cuba membunuh dua anaknya yang lain iaitu anak perempuan pertama, Sakhi dan anak ketiga, Emir.

Jangan lupa follow kami Instagram! 

Bagaimanapun, cubaan itu gagal kerana kedua-duanya sempat sembunyi di bilik.

Mereka juga sempat berteriak dan teriakan itu telah menyebabkan jiran sekeliling datang dan memecahkan pintu bilik rumah itu.

Geleng kepala SinarPlus membaca pengkisahan yang cukup sedih dan mengerikan ini.

Di Malaysia, terdapat juga kes yang sedikit lebih kurang sama. Antara yang heboh diperkatakan adalah kejadian seorang bapa saudara yang menetak bayi perempuan berusia setahun sehingga maut dalam kejadian di Kampung Parit Mahang, Jeram, Selangor pada 4 Julai tahun lalu.

Kisahnya mungkin sedikit berbeza dengan yang berlaku di Indonesia kerana kejadian itu berpunca akibat pergaduhan sesama keluarga.

Pun begitu, apa jua masalah yang dihadapi, semuanya boleh diselesaikan melalui perbincangan.

Kasihan kepada anak kecil yang menjadi mangsa akibat ketidakwarasan orang dewasa.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI