'Allahuakbar!' Mangsa terselamat, kongsi sempat mengucap dua kalimah syahadah, bertakbir sebelum pesawat terhempas

Iklan
Dengan kuasa ALLAH, beliau hanya mengalami calar pada bahagian muka. (Foto: AFP, sosial media)

HANYA memuji kebesaran ALLAH dan melafazkan syahadah, seorang mangsa pesawat Azerbaijan Airlines penerbangan J2-8243 berdoa kepada ALLAH beberapa saat sebelum jet itu terhempas di Kazakhstan telah tersebar luas di media sosial.

Klip berdurasi 1 minit 29 saat itu merakamkan detik-detik terakhir yang menakutkan pendaratan cemas berhampiran Lapangan Terbang Aktau semalam (25 Disember), mengorbankan 38 orang.

Iklan
Iklan

Bertawakal dan menyerahkan segalanya kepada ALLAH, lelaki berjanggut dan berkopiah dengan tenang melafazkan syahadah dan 'Allahuakbar' sekali gus menunjukkan keyakinannya yang tidak berbelah bahagi kepada ALLAH dalam menghadapi bahaya yang hampir tiba.

Iklan

Ketika topeng oksigen tergantung pada siling dan tali pinggang keledar berkelip, ramai penumpang mula panik namun beliau kelihatan tenang di tempat duduknya.

Artikel berkaitan:

Iklan

Difahamkan, video berkenaan dirakam oleh lelaki itu sendiri untuk dihantar kepada isterinya yang tersayang.

Syukur, hasil tawakal dan berserah kepada ALLAH, lelaki itu selamat.

Dalam klip seterusnya selepas pesawat berkenaan terhempas, lelaki itu dilihat berjalan meninggalkan bangkai pesawat, tersenyum dan memberi isyarat tangan 'OK'.

Dengan kuasa ALLAH, beliau hanya mengalami calar pada bahagian muka.

Foto: AFP

Warganet yang rata-rata menyaksikan rakaman itu di laman sosial memuji tindakannya bertakbir dan membaca syahadah serta berserah kepada ALLAH pada saat-saat genting.

Difahamkan, pesawat itu, membawa 69 orang, termasuk 64 penumpang dan lima anak kapal.

Susulan nahas buruk itu, Azerbaijan telah mengisytiharkan Khamis, 26 Disember sebagai hari berkabung bagi mangsa nahas tragedi.

Pesawat Embraer 190 itu dalam perjalanan dari Azerbaijan ke Rusia itu membawa 67 orang yang mana 62 daripadanya adalah penumpang manakala lima adalah anak kapal.

Daripada jumlah tersebut, 38 orang meninggal dunia serta 29 lagi terselamat.

Menurut laporan media antarabangsa, pesawat dalam penerbangan dari Baku ke Grozny terbakar semasa pendaratan cemas berhampiran Aktau.