DURIAN runtuh! Pak Sunhaji, penjual teh ais yang viral kerana diejek oleh oleh pendakwah, Miftah Maulana Habiburrahman menerima rezeki mencurah-curah.
Alhamdulillah, begitu cepat ALLAH memberikan balasan kepada orang yang bersabar, lelaki yang diberi jolokan ‘Bapak Es Teh’ itu menerima hadiah lumayan daripada pelbagai pihak.
Berikut antara sumbangan yang diberikan oleh individu-individu berpengaruh di Indonesia.
1. Seorang pempengaruh Indonesia, Willie Salim memberi RM28,000 tunai. Ustaz Adi Hidayat pula memberi RM13,967, Dr Richard Lee dan Ustaz Salim Fillah pula berjanji akan membiayai pengajian anak-anak beliau sehingga tamat.
2. Selain itu, ada individu dengan nama Bang Senja mengirimkan hadian TikTok bernilai RM83,802 Tiktoker Rian Ariffin.
3. Ustaz Muhammad Fakhrurazzi pula akan membawa Sunhaji dan isteri menunaikan umrah awal Ramadan 2025.
4. Masjid Nurul Ashri akan membina sebuah rumah untuknya dan keluarga dengan kos dijangka menelan belanja sekitar RM83,802.
5. Partai Gerinda menyediakan bantuan modal untuk beliau berniaga.
6. Bantuan dari pelbagai pihak sekitar RM55,868.
Bukan itu sahaja, pempengaruh dari Malaysia yang dikenali dengan nama Aisar Khaled juga menyuarakan tentang niatnya untuk menghulurkan bantuan kepada Sunhaji baru-baru ini.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan wang yang diterima Sunhaji adalah lebih RM100,000 (30 juta Rupiah) dalam tempoh dua hari selepas kejadian tersebut.
Imbas kembali ketika kejadian dihina Miftah, Sunhaji sebenarnya sedang mencari wang untuk mengisi minyak motosikal agar dapat pulang ke rumah.
Pada malam tersebut, Sunhaji berjaya menjual sebanyak tujuh gelas teh ais berharga RM8.30 sahaja. RM5.50 daripada jumlah itu bagaimanapun dibawa pulang untuk diberikan kepada dua anaknya di rumah.
Namun, berkat kesabaran dan ketenangannya selepas tular dengan kejadian itu, Sunhaji menerima pelbagai bantuan dan sumbangan daripada orang ramai.
Sumber: Majoriti