'Cantiknya, awak menyatu dengan air.' Jatuh dibawa arus saat selfie, niat remaja rakam kenangan undang ajal. Headphone jadi penyebab...

Iklan

AJAL dan maut di tangan ALLAH. Namun detik terakhir hidup seorang remaja, Merlin Septiana, 18, yang dirakam dalam sebuah video tular cukup menyayat hati.

Kejadian yang berlaku di Pantai Semeti, Lombok Tengah, Indonesia pada 19 September lalu menyaksikan gadis itu yang memakai fon kepala (headphone) kelihatan tersenyum sambil duduk di atas batu di tepi tebing pantai, tanpa menyedari ombak besar bakal meragut nyawanya beberapa saat kemudian.

Iklan
Iklan

Tragedi yang berlaku kira-kira 3 petang itu disaksikan para sahabat Merlin, yang hanya mampu melihat dia dihanyutkan ombak ganas tanpa mampu berbuat apa-apa.

Iklan

Dalam video tersebut, Merlin dilihat duduk sambil menghadap ke arah laut yang ketika itu bergelora.

Sesekali ombak kuat menghempas tebing ketika aksi pelajar sekolah pondok itu dirakam rakannya.

Iklan

Ketua Polis Praya Barat, Asisten Komisioner Polis Lalu Punia Asmara berkata, mangsa dan rakan-rakannya bergilir-gilir merakam gambar di tebing itu sebelum ombak besar tiba-tiba muncul lalu ‘menarik’ beliau ke dalam laut.

Tambahnya, mangsa yang terumbang-ambing meminta pertolongan, manakala rakan-rakannya cuba menggunakan kayu dan joran untuk membantu remaja tersebut.

Mereka juga meminta tolong daripada pengunjung lain dan polis yang ada di situ, namun ombak besar menyukarkan usaha membantu mangsa.

Rakaman video menunjukkan penduduk tempatan panik cuba menyelamatkan Merlin, yang kelihatan dalam video itu berpaut pada batu besar sementara air bergelora terus menghempas dirinya.

RAKAN MENYESAL

Mayat Merlin difahamkan hyanya ditemui kira-kira sejam setengah kemudian dan dibawa ke hospital.

Dalam pada itu, rakan Merlin yang merakam gambarnya meluahkan rasa kesal kerana mengeluarkan kata-kata yang menggalakkan remaja itu turun ke bawah lagi untuk bergambar.

Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Mataram, Wahyu Efendi berkata rakan Merlin sudah berusaha menyelamatkannya, namun tindakan mereka itu tindak membuahkan hasil.

"Usaha oleh rakannya untuk membantu menggunakan alat sementara seperti kayu dan joran tidak berhasil.

"Penduduk tempatan segera melaporkan kejadian ini kepada polis," katanya.

Ia mengambil masa dua jam sebelum pihak berkuasa berjaya menemukan Merlin yang sudah tidak bernyawa, jam 5.13 petang.

FON KEPALA JADI PUNCA

Ketua Eksekutif Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Lombok Tengah, Ridwan Mak'ruf, mengesahkan Merlin sudah meninggal dunia ketika ditemukan.

Jasad Merlin diserahkan kepada keluarganya di Kampung Tanak Awu.

Kejadian seumpama ini bukan pertama kali berlaku. Pada 13 Oktober lalu, seorang pelajar lelaki maut dihanyutkan ombak di sebuah tebing pantai di Indonesia.

Roni Josua Simanjuntak, 20, dari Sumatera Utara, sedang berdiri di atas batu yang basah bersama beberapa rakannya apabila ombak menghentam mereka.

Jasad Roni ditemukan terapung di Pantai Karang Payung pada 18 Oktober.