Kulit melecur, buta gara-gara pressure cooker, hati-hati gunakannya, 6 tip ini pastikan buat

Iklan
periuk tekanan (2)

INOVASI periuk tekanan membantu kita menyediakan sajian dengan 50 peratus lebih pantas berbanding menggunakan periuk biasa.

Ia bukan sahaja menjimatkan kos bil tenaga elektrik, malah sajian yang dimasak menggunakan periuk tekanan lebih enak, sihat dan penuh perisa.

Iklan
Iklan

Periuk tekanan atau pressure cooker mungkin dimiliki hampir di semua kediaman pada hari ini. Tetapi tahukah anda cara penggunaannya yang betul bagi mengelakkan kemalangan?

Baca juga: [VIDEO] Cara mudah kilatkan kuali, periuk hitam berkerak. Hasilnya macam baharu dibeli

Iklan

Penggunaan periuk bertekanan tinggi perlu dilakukan berhati-hati kerana banyak kes kemalangan berlaku membabitkannya. Dilaporkan ada pengguna terpaksa dirawat kerana melecur tahap dua dan tiga kerananya.

Iklan

TIP MEMASAK MENGGUNAKAN PERIUK TEKANAN

Justeru, bagi mengelakkan ia berulang, Public Health Malaysia berkongsi enam panduan penggunaan periuk tekanan untuk dipraktikkan seperti berikut:

1. Elakkan bersentuhan dengan periuk atau muka menghadap stim yang dibebaskan.

2. Hati-hati membeli produk murah. Kualiti keselamatan mungkin tidak baik. Pastikan periuk tekanan yang dibeli mendapat kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

3. Periksa getah pada sekelilingnya, pastikan ia tidak merekah.

4. Hati-hati ketika memasak makanan yang mengembang seperti nasi, kacang atau jagung. Ia boleh mengakibatkan tekanan meningkat lebih tinggi.

5. Jangan membuka periuk selagi tekanan tidak dilepaskan.

6. Usah meletakkan makanan melebihi had isipadu yang telah ditetapkan pengeluar.

Baca juga: Senang nak masak, tapi tak ramai nak cuba buat Nasi Gaul Banjar. Pakai 'pressure cooker' pun boleh

Begitulah petikan cerita sedih seorang pesakit yang mengalami kemalangan di rumah susulan penggunaan periuk bertekanan tinggi.

Public Health turut mendedahkan beberapa kecederaan yang biasa ditemui di hospital akibat penggunaan salah peralatan itu.

Lebih mengerikan ada yang hilang penglihatan akibat melecur serta mengalami kecederaan dalaman hidung dan masalah paru-paru akibat terhirup udara yang panas!

Elakkan terjadi kemalangan di rumah kerana perkakas ini. Kaji terlebih dahulu langkah penggunaan dan pastikan ia berfungsi dengan baik

Baca juga: Lapisan periuk non-stick boleh jadi punca lumpuh otak, paru-paru rosak? Ini penjelasan pakar

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI