PENGAMBILAN jenis makanan ataupun minuman ketika bersahur mempengaruhi daya ketahanan badan ketika berpuasa.
Bagi seseorang yang menginginkan menu sahur yang ringkas, bolehlah mencuba resipi menggunakan Milo. Ia sememangnya cepat, mudah dan ringkas.
Kali ini SinarPlus berkongsikan tiga resipi air Milo yang boleh dijadikan sebagai menu bersahur.
Milo panas dengan kurma
Bahan-bahan
- 33g serbuk milo
- 150ml susu rendah lemak
- 12g kurma
Cara penyediaan
Baca juga: Ayam Masak Bawang Mengiurkan, Pasti Sedap Dibuat Sahur
- Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk sehingga mendidih.
- Tuangkan ke dalam cawan.
- Taburkan sedikit serbuk Milo bersama potongan kurma di permukaan air sebagai hiasan.
- Sedia untuk dihidang!
Milo dengan anggur dan kurma
Bahan-bahan
- 1 pek kecil Milo kurang gula
- 120ml susu rendah lemak
- 30g anggur merah
- 8g kurma
- Air batu
Cara penyediaan
- Buangkan biji anggur merah dan kurma dicincang halus.
- Tuangkan kesemua bahan kecuali air batu ke dalam mesin pengisar.
- Kemudian kisar sehingga sebati dan kelihatan pekat.
- Masukkan air batu ke dalam gelas kemudian tuangkan bancuhan Milo yang dikisar.
- Sedia untuk dihidangkan!
Milo pisang dan kurma koko buzz
Bahan-bahan
- 1 pek kecil milo kurang gula
- 150ml susu soya tanpa gula (sejuk)
- 45g pisang
- 8g kurma
- Air batu (pilihan)
Cara penyediaan
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar sehingga sebati dan kelihatan pekat.
3. Masukkan air batu ke dalam gelas kemudian tuangkan air yang dikisar.
4. Sedia untuk dihidang!
Sungguh mudah kan?
Jadi apa tunggu lagi, boleh masukkan resipi air Milo ini ke dalam senarai sahur kalian.
Info tambahan, Milo mengandungi nutrisi ‘protomalt, ekstrak malt yang membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
Selamat mencuba!
Baca juga: Menggiurkan Kuih Seri Muka Sebagai Pemanis Mulut Ketika Berbuka
Baca juga: Cita Rasa Klasik Jadi Tarikan Kuih Karas Dan Sesuai Jadi Hidangan Di Aidilfitri
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI