PEJAM celik, kini hampir seminggu kita berpuasa. Setiap hari memasak, mesti sudah mencuba pelbagai resipi untuk juadah berbuka dan bersahur bukan?

Bila sebut pasal bersahur, ramai antara kita memilih menu ayam sebagai hidangan.

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Mana tidaknya, masakan berasaskan ayam memang selalu digemari ramai tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

Jika selalu dengan ayam goreng kunyit yang ringkas itu, apa kata sesekali cuba pula ayam masak bawang ini.

Ada yang mengatakan ayam masak bawang merupakan menu top di restoran-restoran Nasi Kandar sekitar Pulau Pinang.

Tengok pun mengiurkan, pasti sedap kan!

Bahan-bahannya;

  • Ayam
  • 3 biji bawang besar dihiris
  • Kunyit
  • Garam
  • Tiga sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang)
  • Daun pandan
  • Bawang putih dikisar
  • Halia dikisar
  • Sos tomato, cili , tiram
  • Serbuk cili
  • Gula

Cuba juga Ayam kukus halia menyelerakan, ringkas, cepat disediakan

Ayam kukus halia menyelerakan, ringkas, cepat disediakan

Cara membuatnya;

1. Dua biji bawang besar dihiris nipis dan digoreng menjadi bawang goreng. Ketepikan.

2. Ayam digaul garam dan kunyit digoreng separuh masak dengan minyak gorengan bawang tadi. Ketepikan.

3. Tumis sedikit minyak (gorengan ayam) dengan tiga sekawan bersama daun pandan. Masukkan juga dua sudu besar bawang putih yang dikisar. Goreng sehingga wangi, masukkan pula sebiji bawang besar yang dikisar.

4. Masukkan dua sudu besar sos tomato, cili, tiram dan serbuk cili. Boleh juga ditambah sedikit garam, jintan putih dan rempah daging. Masak sampai pekat dan pecah minyak.

Cuba juga Sotong goreng lada bersama ubi kentang, pembuka selera sahur keluarga

5. Masukkan sedikit gula kemudian ayam yang digoreng tadi. Kacau sebati sampai kuah bersalut pada ayam. Perasakan bagi cukup masam, masin dan manis.

6. Masukkan bawang goreng (lagi banyak lagi sedap) dan kacau sebati. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Sumber: Resipi Panas

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI