SUNTIKAN dos penggalak atau ‘booster’ pelalian Covid-19 diperlukan setiap individu memandangkan terdapat penurunan keberkesanan selepas tempoh tertentu.
Setakat ini, 15,950,859 orang telah mengambil dos penggalak sejak ia diperkenalkan. Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar">memaklumkan individu tertentu kini boleh mendapatkan dos penggalak kedua Covid-19.
Berikut adalah lima fakta terkini tentang pemberian dos penggalak dan dos penggalak kedua;
1. Individu berumur 60 tahun ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi boleh diberikan dos penggalak kedua dengan selang masa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan selepas tarikh dos penggalak pertama.
3. Individu yang mempunyai masalah dengan sistem imun (moderate atau severe immunocompromised) berumur 12 tahun ke atas boleh diberikan dos penggalak dengan selang masa sekurang-kurangnya 28 hari selepas tarikh dos kedua.
4. Bagi individu 60 tahun ke atas yang sihat dan tidak mempunyai komorbiditi berisiko tinggi boleh mendapatkan dos penggalak kedua, namun perlu berbincang dengan pengamal perubatan terlebih dahulu.
Baca juga: Jangan beli! 2 jenama kit ujian kendiri Covid-19 ini dibatal kelulusan
Justeru, individu yang tidak layak mendapat suntikan dos penggalak atas sebab perubatan terutama dalam kalangan penerima dos Sinovac / Sinopharm atau warga emas berusia 60 tahun ke atas dan belum menerima Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi Covid-19, mereka perlu membuat permohonan baru.
Individu berkenaan perlu mendapatkan pengesahan pakar perubatan dan seterusnya membuat permohonan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdekatan dengan mengemukakan Slip"Penilaian Kesesuaian Menerima Vaksin Covid-19 Bagi Pesakit Dengan Masalah Kesihatan Tertentu”.
Pemberian dos penggalak kedua Pfizer Comirnaty bagi individu 60 tahun ke atas yang berisiko adalah seperti berikut;
• Pesakit kencing manis
• Pesakit chronic lung disease
• Pesakit chronic renal disease, underlying dialysis
• Pesakit chronic liver disease
• Pesakit cerebrovascular disease
• Pesakit heart failure, ischemic disease, cardiomyopathy
• Pesakit chronic neurological
• Individu Indeks Jisim Tubuh (BMI) 40 ke atas
• Penghuni di pusat jagaan jangka panjang
Baca juga: Imuniti berkurangan, suntikan vaksin ke-4 satu 'keperluan' - CEO Pfizer
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI