KANAK-KANAK adalah antara mereka yang mudah terdedah kepada risiko jangkitan Covid-19.

Dengan penularan virus Covid-19 khususnya varian Omicron yang lebih mudah berjangkit, telah meletakkan kanak-kanak yang belum divaksinasi dalam kategori berisiko.

Pengambilan suntikan pelalian ditawarkan kepada kanak-kanak lima hingga bawah 12 tahun di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) adalah ikhtiar dalam mengurangkan transmisi Covid-19 dan komplikasi jangkitan wabak itu kepada si kecil.

Baca juga: Waspada! Kanak-Kanak Jadi Sasaran Varian Omicron, Kemasukan PICU Meningkat 94%

Sehingga 12 April 2022, seramai 1.371,120 atau 38.6 peratus kanak-kanak telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Covid-19 manakala 195,865 telah menerima kedua-dua dos.

Susulan tren permintaan vaksinasi kanak-kanak yang semakin menurun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengkaji semula tempoh pelaksanaan PICKids.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato’ Dr Noor Azmi Bin Ghazali dalam kenyataan memaklumkan permintaan vaksinasi yang rendah boleh menyebabkan pembaziran vaksin yang tinggi. Berikut 10 info ringkas mengenai perubahan pemberian vansin Covid-19 kepada kanak-kanak.

1. Bagi mengelakkan pembaziran vaksin Comirnaty (Pfizer-BioNTech) kanak-kanak yang tidak digunakan dalam tempoh enam bulan selepas dikeluarkan oleh pengilang, penetapan tarikh akhir dos pertama perlu dibuat.

2. Mesyuarat Covid-19 Immunisation Task Force (CITF-C) memutuskan 15 Mei 2022 sebagai tarikh akhir pemberian dos pertama vaksin Covid-19 di bawah PICKids.

3. Mulai 16 Mei 2022, KKM tidak lagi menawarkan dos pertama vaksin Covid-19 jenis Comirnaty dan CoronaVac kepada kanak-kanak yang telah berusia lima hingga bawah 12 tahun.

4. Selepas tarikh itu vaksin Covid-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia.

Baca juga: Vaksin Sinovac Pula Lulus Untuk Kanak-Kanak Usia 5-11 Tahun, 10 Info Berkaitan

5. Vaksin Coronavac pula hanya boleh diperolehi dengan bayaran di fasiliti swasta.

6. Namun bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017 dan belum mencapai usia 5 tahun pada 15 Mei 2022 boleh mendapatkan vaksinasi Covid-19 dengan mendaftar dalam Aplikasi MySejahtera.

Iklan

7. Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19 kanak-kanak bawah 18 tahun juga akan dipinda dan tidak lagi mempunyai klausa; “Saya bertanggungjawab ke atas risiko yang mungkin berlaku kepada kanak-kanak akibat keputusan/tindakan saya ini kerana manfaat vaksin adalah jauh lebih balk daripada kesan sampingannya”.

8. Ia bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dan menzahirkan amalan sedia ada yang mana KKM tidak pernah mengabaikan dan sentiasa bersedia menyediakan bantuan kesihatan yang sewajarnya apabila berlaku kesan sampingan yang berkaitan akibat penerimaan vaksin.

9. Ibu bapa yang telah mendaftarkan anak dalam MySejahtera tetapi masih belum disuntik akan dihubungi oleh petugas kesihatan samada melalui telefon, media sosial atau lawatan ke rumah bagi menawarkan vaksinasi Covid-19 kepada anak-anak mereka. Ibu bapa yang bersetuju akan diberikan tarikh janji temu sebelum tarikh akhir dos pertama.

Iklan

10. Ibu bapa yang belum mendaftarkan anak mereka untuk vaksinasi Covid-19, boleh mendaftarkan anak dalam MySejahtera selewat-Iewatnya 8 Mei 2022. Ini membolehkan pautan kepada sistem tempahan janji temu dapat diberikan sebelum tarikh akhir dos pertama

Baca juga: Ini Komplikasi Yang Boleh Dihadapi Jika Si Kecil Tiada Vaksin Covid-19. Kenali MISC Dengan Lebih Terperinci

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI