PANDEMIK Covid-19 sudah lebih dua tahun berlanjutan di negara kita. Dalam mengharungi fasa wabak ini, pelbagai prosedur telah kita lalui termasuk ujian pengesanan Covid-19 dan penerimaan suntikan pelaliannya.

Untuk itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan dan membenarkan penjualan kit ujian kendiri Covid-19 untuk kegunaan orang ramai.

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Ujian pengesanan bagi Covid-19 tersebut boleh dilakukan sendiri di rumah dengan langkah mudah menggunakan sampel saliva atau air liur dan calitan hidung.

Namun dalam perkembangan terbaru, dua jenama kit ujian kendiri Covid-19 dibatalkan kelulusan bersyarat kerana gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Menerusi satu pengumuman di laman Facebook Medical Device Auhtority – MDA, pembatalan kedua-dua jenama berkuatkuasa serta-merta dan menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 berkenaan.

Hantaran itu turut dikongsikan oleh Facebook KKM dan Public Health Malaysia supaya orang awam lebih peka terhadap pembatalan ini.

Baca juga Mula dikesan di Britain, ini 10 fakta tentang varian terbaru Omicron XE

Jangan beli! 2 jenama kit ujian kendiri Covid-19 ini dibatal kelulusan

Iklan

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) juga turut mengingatkan orang awam tentang penggantungan jenama dua kit ujian berkenaan.

“Pihak MDA membatalkan kelulusan bersyarat bagi Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad.

“Pembatalan ini dibuat kerana establismen berkenaan gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA.

Baca juga ePemula RM150, warga M’sia berusia 18-20 tahun, pelajar IPT layak, hanya untuk transaksi ‘offline’

“Berikutan itu, MDA menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan,” ciap beliau di Twitter.

Sumber: Medical Device Auhtority – MDA.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI