Murid istimewa tempatnya di syurga, cara guru hidupkan kasih sayang, empati buat ramai sebak

Iklan
seri

MELENTUR buluh biarlah dari rebungnya. Persekitaran sosial yang dilalui sehari-hari amat mempengaruhi perkembangan sahsiah setiap kanak-kanak.

Persekitaran fizikal, keadaan geografi, persekitaran sosial, hubungan dengan keluarga dan rakan sebaya adalah faktor penting.

Iklan
Iklan

Baca juga: Muktamad, Tiada Lagi Vaksin Covid-19 Pfizer, Dos Pertama Percuma Kanak-Kanak 5- 12 Tahun Mulai 16 Mei

Seperti yang dikongsikan guru ini, Mohd Fadhli Salleh tentang bagaimana dia mencetuskan keprihatinan dan empati dalam kalangan murid terhadap murid istimewa meraih perhatian ramai.

Iklan

Perkongsiannya membuatkan warga maya tersentuh dan sebak.

Menurutnya kanak-kanak Tahun 1 sering kelihatan ‘terasing’ daripada murid lain di dalam kelas susulan kelainan upaya yang dialami.

Iklan

Jika tidak, Seri akan terus duduk di situ sendirian. Kanak-kanak itu juga dikatakan tidak memahami arahan kemungkinan kerana kelainan upaya yang dialami. Tetapi dia tak menangis.

"Masa dia berjalan, kami guru-guru perasan, sebelah kakinya tempang. Selepas dirisik, rupanya Seri anak istimewa. Pendengaran dan pertuturan juga ada masalah.

"Dalam kelas, Seri hanya menyendiri. Tidak bergaul sesiapa dan tiada siapa nak mendekatinya,” titip Mohd Fadhli.

Baca juga: Bahaya Basikal Lajak, 10 Faktor Ini Jadi Punca Kemalangan, Kecederaan

[caption id="attachment_78781" width="800"] Gambar hiasan[/caption]

KEADAAN DIPERBETULKAN

Sebagai guru, Mohd Fadhli tidak betah melihat perkara tersebut berterusan. Seri tidak sepatutnya terasing daripada rakan-rakan di dalam kelas.

Dia mula bertindak menyuntik sifat empati dalam diri murid-murid dengan bercerita mengenai Seri.

"Dalam kelas kita, ada seorang murid istimewa. Murid istimewa ini biasanya tempat mereka di syurga akhirat kelak.

"Kena layan dan berkawan dengan murid istimewa ni. Kena bantu dia, kena tolong dia.

"Jangan pulaukan, jangan pula menganjing dan memalukan dia. Awak tahu kan siapa?"

"Semua murid menunjukkan ke arah Seri. Tanpa aku suruh, dua tiga kawan berdekatan dia bangun dan terus menuju kat Seri," titipnya.

Tidak lama selepas itu dia melihat murid-murid lain mula mendekati anak istimewa itu dan mengajaknya rehat bersama, menemani ke tandas.

Baca juga: Kanak-Kanak Tinggal Rumah Usang Separuh Roboh, Dihina Hidup Susah, Ebit Bantu Bina Baru

HIDUPKAN API KASIH SAYANG

Setelah berjaya menghidupkan suasana kasih sayang di dalam kelas, Mohd Fadhli mengakui peranan sebagai guru penting dalam mencipta suasana positif di sekolah.

"Serius masa tu bergenang kolam air mata melihat betapa murni dan sucinya jiwa anak-anak ini.

ILMU YANG TIADA DALAM BUKU TEKS

Tuturnya, senario yang dialami Seri dan rakan sekelasnya tidak tertulis dalam buku teks. Ia hanya dapat dipelajari melalui universiti kehidupan. Katanya biar kurang pandai tetapi mempunyai akhlak dan adab.

"Aku sentiasa menitik berat hasil dan sikap dalam mendidik anak-anak,” katanya yang bersyukur murid-murid lain mudah dibentuk.

DALAM PROSES PERTUKARAN

Menurut Mohd Fadhli, Seri dalam proses perpindahan ke sekolah pendidikan khas yang lebih sesuai untuknya. Bagaimanapun proses pertukaran memakan masa menyebabkan anak istimewa itu berada di kelas aliran perdana buat sementara waktu.

"Kini aku tidak lagi risau tentang dia kerana kawan-kawan sudah ada untuk menjaga dia dan mengasihinya,” luahnya.

Warga maya rata-rata tersentuh dan memuji tindakan Mohd Fadhli.

Malah ada yang terharu dan berkongsi pengalaman pernah dipulaukan semasa di bangku persekolahan kerana pelbagai faktor.

-"Robek kolam mata ini bila membaca. Semoga Seri sentiasa dalam rahmat ALLAH dan dipermudahkan urusan dia dan keluarganya.”

-"Terima kasih cikgu mendidik anak-anak ini supaya berperikemanusiaan.”

-"Alhamdullilah. Jiwa-jiwa kecil yang suci dan mudah dibentuk.”

-"Murid yg baik akhlaknya datang dari bimbingan seorang guru yang baik akhlaknya. Anak-anak perlu dididik, diasuh dan digilap. Kelak akan keluar permata daripada lubuk hati nuraninya. Guru-guru jangan hanya mengeluh bila murid tiada adab. Memberilah, kelak cikgu-cikgu akan dapat balik apa yang cikgu beri.”

-"Sungguh, anak-anak lingkungan umur sebegitu hati mereka masih bersih dan suci.”

-"Alhamdulillah, betul sangat tindakan cikgu, guru yang prihatin. Murid seperti kain putih kena lentur dan diberi tunjuk ajar.”

-"Terima kasih Cikgu kerana melayani Seri . Begitu juga rakan sekelas yang sangat memahami keadaan Seri . Saya juga punya anak OKU. Bila tengok keadaan ini hati mmg terasa sebak, terbayang anak sendiri.”

KECENDERUNGAN EMOSI

Kajian menunjukkan bahawa sifat empati adalah kemahiran hidup yang penting.

Kecerdasan emosi atau kecenderungan emosi (EQ) adalah kemahiran untuk memahami perasaan sendiri dan orang lain serta kemampuan mengawal emosi.

Moga perkongsian ini menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI