Guna konsep ganjil genap dan laluan sehala, Indonesia praktik kaedah kreatif atasi kesesakan sepanjang Aidilfitri

Iklan
jalan sesak aidilfitri

KADAR volume kenderaan yang meningkat secara luar biasa sepanjang musim perayaan Aidilfitri kali ini memang sudah dijangka.

Apatah lagi, tumpuan kesesakan sering berlaku khususnya di Lebuhraya Pantai Timur, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Karak.

Iklan
Iklan

Tidak mustahil ramai mengambil peluang untuk bercuti lama di kampung halaman selepas dua tahun tidak dapat menyambut Lebaran dengan meriah.

Iklan

Walaupun terpaksa menghadap jem yang teruk, namun anak perantau happy apabila dapat menghayati momen balik kampung sebelum sebelum pandemik.

Bukan sahaja Malaysia, negara jiran seperti Indonesia juga berdepan situasi sama apabila berlaku kesesakan luar biasa di lebuh raya tumpuan.

Iklan

Apa yang menarik, pendekatan sistem genap ganjil dan laluan sehala yang dipraktikkan di sana ternyata mampu mengurangkan aliran trafik ketika waktu puncak.

Lapor kompas.com, kenderaan yang melalui tujuh pintu gerbang tol di Jalan Tol Jakarta-Cikampek sehingga Gerbang Tol Kalikangkung akan ditapis oleh polis trafik yang bertugas.

Setiap kenderaan akan diperiksa melalui nombor plat masing-masing sebelum dibenarkan melalui jalan sehala yang dibuka untuk mengurangkan kesesakan.

Untuk lebih mudah faham, hanya kenderaan yang mempunyai nombor plat ganjil sahaja dibenarkan melalui laluan sehala pada tarikh ganjil.

Baca juga Warga Pantai Timur boleh rebut tawaran Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia KTMB pulang beraya

Begitu juga dengan mereka yang memiliki nombor plat genap, hanya dibenarkan lalu di kawasan pintas pada tarikh genap pada tempoh tertentu.

Durasi masa laluan alternatif yang dibuka selama empat hari itu bermula 28 April lalu untuk tempoh yang ditetapkan sahaja iaitu bermula 7 pagi hingga 12 malam, jam 5 petang hingga 12 malam dan 12 tengah hari hingga 7 pagi.

Nampaknya masalah 'macet' di sana dapat dikurangkan dengan pendekatan kreatif tersebut.

Baca juga #SiBibirMerah Biarpun raya kali ini 'balas dendam', jangan lupa 8 perkara sebelum balik kampung

Almaklumlah penduduk di republik itu memang ramai dan setiap kali musim perayaan, jumlah orang yang pulang ke kampung memang luar biasa.

Di Malaysia pun mempunyai konsep yang sama apabila PLUS menasihatkan orang ramai untuk melalui lebuh raya sebelum jam 10 pagi bermula semalam.

Selain itu, anak perantau juga dinasihatkan supaya dapat mematuhi jadual perjalanan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar.

Meskipun kita sudah tidak lagi perlu mengimbas kod QR di premis atau tempat awam, namun jangan sesekali leka ya!

Jangan lupa patuhi kawalan kendiri demi mengelakkan diri dan ahli keluarga dijangkiti wabak Covid-19.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI