Putera Mateen, Pengiran Anak Isteri Anisha dedah wajah anak. Comelnya Zahra Mariam Bolkiah!

Iklan

PUTERA Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen, dan isteri, Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam mendedahkan wajah anakanda pertama mereka.

Menerusi hantaran di Instagram rasminya @tmski, baginda turut memuat naik sekeping foto memaparkan baginda memangku puteri kecilnya di samping isteri.

Iklan
Iklan

"Anisha dan saya amat bersyukur kepada pasukan Jerudong Park Medical Centre yang luar biasa atas penjagaan dan sokongan yang diberikan. 

Iklan

"Terima kasih kepada semua atas ucapan dan doa yang baik-baik," titipnya.

Sementara itu, akaun Instagram peminat @anishaik.tmski turut dimuat naik foto memaparkan wajah Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah.

Iklan

Terdahulu, memetik Media Permata, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah perkenan mengurniakan nama kepada cucunda baginda dengan nama Yang Amat Mulia Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah.

Ahad lalu, media berkongsi berita kelahiran Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah yang diputerakan pada jam 8.50 pagi.

Sekadar info, Pengiran Muda Abdul Mateen dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam diijabkabulkan pada 11 Januari 2024.

Popular dan berprofil tinggi, Pengiran Muda Abdul Mateen ialah anakanda ke-10 daripada 12 orang adik-beradik dan merupakan putera keempat kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.