Lelaki derma darah paling kerap, 632 kali dalam 30 tahun diiktiraf Malaysia Book of Record

Iklan
3

MENDERMA darah boleh menyelamatkan nyawa insan lain. Hakikatnya, setiap kali mendermakan darah, anda menyelamatkan tiga nyawa.

Hal ini kerana setiap darah yang didermakan akan melalui satu proses pengasingan untuk mengasingkan sel darah merah, platelet dan plasma.

Iklan
Iklan

Selain daripada pendermaan darah utuh, Pusat Darah Negara berkongsi terdapat pendermaan aferesis, yang mana penderma hanya akan menderma plasma atau platelet kerana sel darah merah akan dipulangkan ke badan penderma.

Iklan

Baca juga: Wanita Terengganu antara 43 orang di dunia miliki ‘darah emas’ paling ‘rare.’"You are the special one sis!”

Iklan

Penderma aferesis boleh menderma darah sekerap setiap dua minggu ataupun setiap bulan. Prosedur berkenaan hanya boleh dilakukan di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak.

Keperluan stok komponen darah plasma dan platelet tidak kurang pentingnya berbanding dengan sel darah merah.

Pusat Darah Negara baru-baru ini berkongsi tentang salah seorang penderma darah aferesis terbanyak di Malaysia.

[caption id="attachment_81192" width="800"] Liew pada tahun 2018. (Kredit foto: Facebook Drkannan Raman)[/caption]

Penderma berkenaan yang dikenali sebagai Liew Chin Yap, 61, difahamkan mula menjadi penderma sejak tahun 1992 lagi.

Lelaki budiman itu diiktiraf sebagai Penderma Darah Aferesis Terbanyak oleh The Malaysian Book of Records baru-baru ini.

"Beliau mula menderma darah buat pertama kalinya apabila mengikut adiknya ke satu kempen derma darah pada tahun 1992. Sehingga kini, beliau masih setia menjalankan tanggungjawab sosial sebagai penderma darah.

"Sekali lagi, Pusat Darah Negara ingin mengucapkan tahniah kepada Encik Liew kerana menjadi insan yang paling pemurah dan telah menyelamatkan ratusan, atau mungkin ribuan nyawa pesakit.

"Pusat Darah Negara juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu Liew mendapatkan pengiktirafan tersebut,” katanya.

Bacaa juga: Diperdaya iklan kerja palsu, pemuda diculik, dipaksa derma darah hampir 1 liter sebulan

Penderma-penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain - lain tabung darah di hospital kerajaan layak mendapatkan rawatan percuma seperti berikut:

1 kali-Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh empat bulan.

2 kali (dalam tempoh 12 bulan)

-Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B

2 hingga 5 kali

-Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh empat bulan.

6 hingga 10 kali

-Percuma rawatan pesakit luar selama satu tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh enam bulan.

11 hingga 15 kali

-Percuma rawatan pesakit luar selama dua tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh satu tahun.

16 hingga 20 kali

-Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh dua tahun.

21 hingga 30 kali

-Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh tiga tahun.

31 hingga 40 kali

-Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh empat tahun.

41 hingga 50 kali

-Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh enam tahun.

Lebih 50 kali (bagi penderma"whole blood”) dan lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)

-Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu. Tempoh masa keistimewaan yang dinyatakan adalah sah digunakan bermula dari tarikh pendermaan terakhir.

Baca juga: Manfaat derma darah yang anda tak tahu, rugi kalau abaikan

Kemudahan wad adalah bergantung kepada keadaan semasa. Sekiranya wad yang dinyatakan dalam jadual telah penuh, maka penderma akan ditempatkan di wad lain yang sesuai.

Menurut Pusat Darah Negara, keistimewaan berkenaan hanya boleh digunakan oleh penderma darah sahaja. Penderma darah yang berstatus penduduk tetap adalah layak untuk menggunakan keistimewaan ini.

Baca juga: [VIDEO] Mula-mula bertahi, kemudian darah pekat. Ibu muda cerita detik cemas menimpa anak usia 14 hari

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI