BARU-baru ini tular di laman sosial Facebook berkenaan seorang wanita yang memiliki darah jenis Rhnull, iaitu kumpulan darah paling sukar ditemui di dunia.

Facebook page Derma Darah Terengganu memaparkan foto seorang wanita yang sedang menderma darah. Dia satu-satunya warga Malaysia yang memiliki kumpulan darah Rhnull.

Baca juga: Darah ‘Ganjil’ Rh17 Pemilik Lelaki Sarawak Diterbangkan Ke Johor

“The Golden Blood, jenis darah yang paling jarang ditemui di dunia.

“Kumpulan darah penderma ini ialah Rhnull, iaitu kumpulan darah paling sukar ditemui di dunia.

“Setakat ini hanya ada 43 orang sahaja di seluruh muka bumi mempunyai kumpulan darah tersebut.

“Di Malaysia? Hanya beliau seorang setakat ini.

Difahamkan, darah yang didermakan akan dihantar ke Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur.

“Ia akan disejukbekukan dan seterusnya akan disimpan dalam peti nitrogen -80 darjah Celsius selama 10 tahun.

“Jika ada pesakit yang memerlukan darah jenis ini, maka darah ini akan dicairkan untuk digunakan. You are the special one, sis!” titipnya.

Tidak kira apa jua kumpulan darah korang, mendermakannya boleh membantu menyelamatkan nyawa insan lain.

ANEKDOT DARAH RHNULL

• Darah Rh-null atau ‘The Golden Blood’ hanya dimiliki 1 dalam 6 juta orang sahaja di dunia.

• Ia pertama kali ditemui pada tahun 1961 pada seorang wanita orang asal Australia.

• Daripada 43 orang yang memiliki darah ini, hanya 10 bertindak sebagai penderma aktif.

Iklan

• Darah jenis ini paling universal dan penyelamat nyawa kerana tidak mengandungi antigen.

• Sifat darah Rhnull yang neutral mengurangkan risiko terjadinya penolakan oleh penerima semasa proses transfusi.

Baca juga: [VIDEO] Peliknya, fenomena hujan ganjil di Indonesia buat warganet terpukau, terkesima

Iklan

Sumber: Facebook Derma Darah Terengganu

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Foto: MedicineNet