"INILAH kereta ayah." Demikian titipan sayu balu pelawak Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali menggamit memori selepas melihat kelibat kenderaan yang pernah dimiliki suaminya satu ketika dahulu.
Ibu kepada satu-satunya anak Allahyarham Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey itu menzahirkan rasa sebak.
Dalam video yang sama, Hidayah turut menitipkan pesan buat Hamzah supaya mendoakan perniagaannya berjaya agar dia dapat membeli kenderaan itu semula.
"Hanya tinggal kenangan, kereta arwah suami. Bila Hamzah sudah besar, inilah kereta ayah. Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya. Insya-ALLAH doakan bisnes ibu berjaya. Aamiin,” tulisnya di Instagram.
Dalam masa yang sama, wanita itu turut memuat naik video yang memaparkan foto-foto kenangan mereka sekeluarga di dalam kenderaan itu.
Rata-rata warga maya turut sebak dan menitipkan doa agar wanita itu kuat dan berjaya dalam perniagaan yang sedang diusahakan.
-"Insya-ALLAH ada rezeki Hamzah dan ibu.”
-"Semoga Allah permudahkan urusan Dayah dan Hamzah dunia akhirat.”
-"Allahuakbar sedih sangat-sangat. Seorang ayah hendakkan yang terbaik untuk anaknya.”
Allahyarham Abam disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020. Pelawak dari kumpulan Bocey itu berkahwin dengan Hidayah pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 3.
Baca juga: Hilang tawaran kerja, Ali Puteh gigih sara keluarga
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI