JUSTIN Bieber disahkan mengalami jangkitan virus yang menyebabkan separuh mukanya lumpuh. Dia kini hanya mampu menggerakkan atau berkelip sebelah mata sahaja.
Justin Bieber tidak asing lagi dalam dalam kalangan muzik pop dunia. Penyanyi dan komposer itu perlu membatalkan beberapa siri konsert sehingga wajah sebelah kanannya boleh bergerak semula.
Baca juga: Lelaki dedah stroke muka terdedah aircond lama, berikut fakta Bell’s Palsy
Keadaan yang menimpa bintang pop itu diumumkannya sendiri menerusi Instagram.
Baca juga: Justin Bieber berhabis RM5,800 beli dadah dikecam
"Seperti yang anda boleh lihat dari wajah ini, saya mengalami keadaan yang dipanggil sindrom Ramsay Hunt.
"Mata ini tidak berkelip. Saya tidak boleh tersenyum di bahagian muka ini. Hidung saya tidak boleh digerakkan, muka sebelah ini lumpuh sepenuhnya,” katanya menerusi video yang dikongsikan.
"Ia akan baik-baik saja. Saya percaya semua ini berlaku ada sebabnya," katanya.
SINDROM RAMSAY HUNT
Sindrom Ramsay Hunt yang dialami Bieber berpunca daripada virus varicella zoster, iaitu keluarga virus herpes. Ia adalah patogen yang sama di sebalik cacar air pada kanak-kanak dan kayap pada orang dewasa.
Tidak jelas bagaimana Bieber dijangkiti, tetapi dia berkemungkinan dijangkiti kuman itu beberapa tahun lalu semasa mengalami dengan cacar air.
Baca juga: 5 perkara ibu bapa boleh buat segera jika si manja diserang jangkitan cacar air
Baca juga: Pesakit kanser miliki 40 peratus lebih tinggi hidap penyakit ini, kena berwaspada
Virus berkenaan tidak berjangkit tetapi ia boleh berada dalam keadaan tidak aktif di dalam badan selama bertahun-tahun sebelum aktif semula dan merebak ke saraf muka berhampiran telinga.
Ia juga boleh berkembang sama ada menjadi kayap atau sindrom Ramsay Hunt tanpa sebab yang diketahui.
Seperti dalam kes Bieber, penghidapnya mengalami lumpuh pada muka atau lemah pada sebelah muka dan mengalami ruam pada bahagian luar telinga.
Menurut Mayoclinic, biasanya ruam dan lumpuh pada muka berlaku pada masa yang sama. Bagaimanapun, ada pesakit sindrom ini yang tidak mengalami ruam langsung.
Penghidap sindrom Ramsay Hunt selalunya akan turut mengalami:
- Sakit telinga
- Hilang pendengaran
- Berdering di telinga anda (tinnitus)
- Sukar menutup sebelah mata
- Sensasi berputar atau bergerak (vertigo)
- Perubahan dalam persepsi rasa atau kehilangan rasa
- Mulut dan mata kering
Komplikasi sindrom Ramsay Hunt termasuk:
-Kehilangan pendengaran kekal
Bagi kebanyakan orang, kehilangan pendengaran dan lumpuh muka yang dikaitkan dengan sindrom Ramsay Hunt adalah sementara. Bagaimanapun, pesakit juga berisiko kehilangan pendengaran kekal.
-Penglihatan kabur
Kegagalan mengawal muka yang disebabkan oleh sindrom tersebut mungkin menyukarkan pesakitnya untuk menutup kelopak mata. Apabila ini berlaku, kornea yang melindungi mata boleh menjadi terganggu dan seterusnya menyebabkan sakit mata dan penglihatan kabur.
Sindrom ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang pernah menghidap cacar air atau chicken pox. Ia lazimnya kerap berlaku kepada orang dewasa yang berumur 60 tahun ke atas dan jarang berlaku pada kanak-kanak.
Baca juga: Kuat makan masin tubuh jadi sarang penyakit kardiovaskular, strok, kanser, buah pinggang
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI