GARAM adalah bahan yang perlu ada dalam masakan. Walaupun sedikit sahaja, tanpanya menu yang mahal pun tidak akan enak rasanya.

Masih ingatkah babak filem Ahmad Albab lakonan Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma yang memberikan hadiah semangkuk garam dan gula sempena hari lahir bapa? Katanya garam dan gula tanda kasih sayang.

Demikianlah penting garam dalam kehidupan, tanpanya makanan menjadi tawar dan hambar. Namun harus diingat, kuantiti jangan berlebihan!

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dianggarkan kira-kira 11 juta kematian di seluruh dunia dikaitkan dengan diet yang tidak sihat.

Baca juga: Selepas susu, kecoh air kelapa dicampur limau nipis, garam didakwa dapat sembuhkan Covid-19. Ini penjelasan sebenar.

Daripada jumlah itu, tiga juta daripada jumlah ini berpunca daripada pengambilan garam yang tinggi.

“Pengambilan garam yang berlebihan meningkatkan tekanan darah dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular, strok, kanser dan penyakit buah pinggang, yang merupakan punca utama kematian penyakit tidak berjangkit di seluruh dunia.

“Di kebanyakan negara berpendapatan tinggi serta sebahagian negara berpendapatan rendah dan sederhana, sumber pengambilan garam utama adalah daripada makanan diproses ultra (ultra-processed food) seperti mi segera, nuget ayam, burger, hotdog, ikan masin, telur masin, makanan dalam tin, kerepek dan keropok.

“Oleh itu, salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan pengambilan garam adalah melalui reformulasi produk bagi menurunkan kandungan garam dalam makanan tersebut,” katanya.

Kementerian Kesihatan Malaysia sempena Sambutan Minggu Kesedaran Garam Sedunia pada 14 hingga 20 Mac 2022 dengan tema ‘Tak Masin Tu Ok!’.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Baca juga: Lidah terasa panas, terbakar. Disangkakan makan garam rupa-rupanya…

Menurutnya, sasaran utama adalah dalam kalangan industri makanan dengan memberikan pendidikan dan kerjasama berterusan bagi memastikan mereka bersungguh-sungguh dalam melakukan formula baru produk makanan dan minuman agar kandungan garam dapat dikurangkan.

“Pihak industri makanan diingatkan untuk mematuhi Akta Makanan, 1983 pindaan 2020 yang mewajibkan pelabelan kandungan garam pada produk makanan dan minuman.

“Berdasarkan hasil tinjauan di pasar raya di Malaysia pada tahun 2017, hanya separuh produk makanan menunjukkan label kandungan garam pada maklumat pemakanan.

“Pelabelan pemakanan dapat membantu pengguna memahami tentang kandungan nutrien sesuatu produk makanan atau minuman, dan secara tidak langsung menggalakkan orang ramai membeli makanan yang lebih sihat dan sesuai dengan keperluan,” katanya.

Iklan

Baca juga: “Petua guna garam dan lada hitam, buang toksik dalam badan” – Ahmad Fitri Yahya

Justeru, kita disarankan agar mengambil langkah bagi mengawal pengambilan garam seharian seperti berikut:

1.Hadkan pengambilan garam

  • Secara keseluruhan tidak melebihi satu sudu teh sehari termasuk garam tersembunyi bagi mengurangkan risiko hipertensi, sakit jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan kanser.

2. Kenali sumber lain garam

  • Garam mengandungi unsur natrium (sodium) dan klorida.
  • Garam juga terdapat di dalam sumber lain seperti Sodium Nitrate, Sodium Bicarbonate, Monosodium Glutamate dan lain-lain. Jadi awasi sumber natrium yang mungkin tersembunyi.

3. Baca label

Iklan
  • Bandingkan maklumat kandungan natrium (sodium) sebelum membeli makanan.
  • Pilih produk yang lebih rendah kandungan natrium (sodium).
  • Cari jenama dengan akuan “rendah” atau “lebih rendah” atau “kurang” garam pada label jika ada. Gunakan Pilihan Lebih Sihat (HCL) sebagai panduan.

4. Hadkan pengambilan makanan diproses ‘ultra’ (ultra processed food)

  • Mi segera, nuget ayam, burger, hotdog, makanan diawet (seperti ikan masin, telur masin dan jeruk), snek tinggi garam (kacang bergaram, kerepek dan keropok) dan makanan lain yang menggunakan perasa tambahan.

  • Makanan diproses ‘ultra’ (ultra-processed food) adalah makanan yang mengandungi bahan tiruan seperti pewarna, pemanis, perisa, pengawet, pemekat, pengemulsi dan bahan tambahan lain bagi meningkatkan kesedapan dan jangka hayat makanan tersebut. Ia juga tinggi kandungan gula, garam dan lemak.

5.Utamakan perisa semula jadi

  • Gunakan bawang putih, bawang besar, kunyit, halia, serai, daun bawang, daun ketumbar, rempah-ratus dan limau nipis bagi meningkatkan rasa hidangan makanan.
  • Kurangkan garam, sos dan penambah perasa (seperti monosodium glutamate -MSG), pes sedia guna, kiub dan serbuk perasa) dalam masakan.

6. Kerap makan di rumah

  • Ubah suai masakan kepada lebih sihat.
  • Bawa makanan yang dimasak dari rumah ke tempat kerja.
  • Sekiranya makan di luar, pesan hidangan kurang garam sebagai norma baru.

Diharapkan kita semua berhati-hati dalam menambah garam dalam makanan. Biar ia dicatu kerana tidak masin itu ok!

Kredit foto: Canva

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI