HATI ibu mana yang tak sedih apabila melihat wajah anak dicakar sehingga menampakkan kesan luka dan berdarah.
Itulah nasib yang menimpa seorang bayi lelaki yang dihantar di sebuah pusat jagaan kanak-kanak gagal untuk menjalankan amanah yang diberikan.
Bukan itu sahaja, rakaman cctv berdurasi 31 saat itu memaparkan kanak-kanak berkenaan juga turut menindih tubuh anaknya.
Sayu hati apabila melihat Aqasha seolah-olah menahan kesakitan akibat ‘dibuli’.
Wanita berkenaan menjelaskan kejadian berlaku sekitar tiga bulan yang lalu, apabila dia menerima satu pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp yang menjelaskan anaknya dicakar oleh kanak-kanak lain.
Berdasarkan perbualan itu, cikgu menjelaskan sewaktu kejadian cikgu tengah bagi kanak-kanak lain minum susu, maka kejadian tragis itu tidak sempat dileraikan dan menyebabkan Aqasha mengalami kesan luka yang agak teruk dibahagian kanan muka.
Bagaimanapun, menurut Lidiya Izam, dia berpendapat adanya manipulasi kenyataan yang diberikan pengetua dan ia sememangnya berbeza dengan apa yang cikgu sampaikan kepadanya.
"Kata ‘principal’ taska tersebut, cikgu keluar buat susu & cikgu lain pergi solat.
"Solat berjemaah ke? Solat berjemaah memang bagus tapi kena lah dgn situasinya. Jadi dekat situ rasa macam dimanipulasi.
Baca juga: Masalah bengkak kaki sering dialami ibu hamil. Ini 8 tip berguna atasinya
"Sebab based on whatsapp cikgu tengah bagi kanak-kanak lain minum susu jadi saya expect cikgu ada depan Aqasha, rupanya satu cikgu pun takde dalam bilik,” katanya.
Sudah pasti setiap ibu menginginkan anak-anak yang mereka hantar ke pusat jagaan dijaga dengan baik, selamat dan selesa.
Tambahan pula, ia pusat jagaan yang berdaftar, sudah tentu harapan ibu bapa menggunung terhadap guru-guru terbabit.
Justeru, SinarPlus ingin berkongsikan lima tip pemilihan pusat jagaan kanak-kanak untuk anak anda, ini yang perlu diketahui:
1. Lakukan penyelidikan
Setiap pusat jagaan menawarkan khidmat, fasiliti dan peluang yang berbeza-beza. Lebih baik untuk ibu bapa bertanyakan kepada ibu bapa yang menghantar anak mereka di taska berkenaan tentang pandangan dan pengalaman pusat asuhan itu.
Sebagai ibu bapa, anda mempunyai hak untuk mengetahui segala-galanya tentang pusat berkenaan.
2. Rancang untuk melawat
Sebelum anda membuat keputusan untuk menghantar anak ke taska, pastikan anak melawat terlebih. Perhatikan keadaan di situ selama 30 minit atau lebih.
Lihat dan bayangkan jika anak-anak anda berada di pusat berkenaan, adakah mereka akan gembira? Perhatikan juga cara guru melayan anak-anak serta kelakuan kanak-kanak lain yang berada di situ.
3. Bertanyakan soalan komprehensif
Melihat dan mengumpulkan maklumat melalui risalah dan laman web sahaja tidak mencukupi, sebaliknya adakan pertemuan dengan pengetua dan guru-guru di taska dan tanya tentang soalan yang anda ingin ketahui secara mendalam.
Baca juga: [VIDEO] Anak minat lori sampah, ‘excited’ jumpa 'driver' siap bergambar
Perkara ini perlu dilakukan untuk memastikan tiada berlakunya salah faham di antara kedua-dua pihak.
4. Perhatikan situasi yang boleh dijadikan tanda amaran
Sewaktu anda melawat pusat jagaan kanak-kanak itu, perhatikan barang permainan yang diberikan kepada kanak-kanak itu bersih mahupun ia mendatang risiko kecederaan kepada anak-anak ataupun tidak.
Bukan itu sahaja, perhatikan riak wajah kanak-kanak lain sama ada mereka kelihatan lesu dan kurang berminat dengan keadaan sekeliling.
Perkara seperti ini merupakan tanda amaran awal untuk mengelakkan anda menghantar anak-anak ke pusat jagaan ini.
5. Periksa keselamatan pusat jagaan
Sebelum membuat pemilihan, amat disyorkan untuk ibu bapa memerhatikan dan mengambil tahu tahap keselamatan di situ. Pertama, perhatikan siapa yang mempunyai kebenaran akses kepada bangunan terbabit.
Seterusnya, pantau jika pusat jagaan harian berpagar dan cara mereka mengawal akses keluar dan masuk pelawat dan paling penting untuk memastikan tidak terlihat mana-mana kanak-kanak berkeliaran tanpa pengawasan.
Ibu bapa juga perlu memerhatikan tahap kebersihan di pusat tersebut kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan kuman jika kebersihan diabaikan. Pastikan bilik darjah bersih, teratur dan selamat.
Justeru, ibu bapa harus bertanggungjawab dalam memilih pusat asuhan terbaik supaya kejadian seperti wajah anak dicakar atau dibuli tidak berlaku kepada kepada anak-anak.
Sumber: Parents, Get Ready Set Grow
Baca juga: [VIDEO] Anak kecil melompat kegembiraan melihat lori ayah dari jejantas
Baca juga: Kreatif! Wanita tunjuk cara simpan duit anak RM12,600 setahun
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI