JANGAN tidak percaya wanita ini simpan duit RM20 sahaja sehari, wang tersebut menjadi belasan ribu ringgit!

Kita semua pasti mempunyai impian dan matlamat tersendiri. Namun tanpa usaha, ia tidak akan menjadi kenyataan.

Seperti seorang wanita yang juga ibu yang mamasang niat untuk menyimpan duit untuk anaknya.

Iya, perkara itu tidak mustahil jika usaha berterusan dan bersungguh-sungguh untuk menabung demi yang tersayang.

Menurut perkongsian Aminahtul Marrdiah, ini cara menyimpan duit berjumlah RM12,600 dalam masa satu tahun.

Ujarnya, kita mungkin rasa terbeban tapi hasilnya anak-anak ada simpanan.

Baca juga Menabung syiling niat umrah, wanita berjaya simpan hampir RM20,000 dalam 3 tahun

6 teknik simpan duit berkesan, boleh cuba untuk saat kecemasan

Cara-caranya;

1. Sediakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Hiaslah ikut suka. Asalkan botol tu boleh bagi anda motivasi nak menyimpan.

2. Berbelanja. Anda tak payah sekat perbelanjaan pun. Beli sahaja keperluan hidup seharian. Caranya adalah Jangan pernah menggunakan wang kertas bernilai RM20 untuk membeli. Gunakan duit lain yang ada selain RM20 tu. Kalau terpaksa pecah RM50 tu pecahkanlah sebab bakinya nanti anda mungkin dapat RM20 lagi. Dan kalau anda keluar duit dari mesin ATM ada 5 keping RM20, dan itu je duit yang ada, tepikan jugak RM20. Anda tak ada pilihan.

3. Balik sahaja rumah, pastikan lepas buka kasut bagi salam dan tanpa letak wallet atau beg tangan tu, masukkan semua RM20 yang ada dalam botol. Anda mungkin tenung botol tu yang mula dengan sekeping RM20 sambil kata “Alahai besarnya RM20 ni. Aduhai!” Tapi sila bertabah dan jangan rasa demotivated. Rahsianya jangan fikir!

4. Ulang langkah 1,2,3 sampai tiba harinya tabung penuh melimpah selama setahun. Ya kau ada 365 hari untuk lalui perjuangan RM20 anda itu.

5. Cukup 365 hari anda ajak anak yang ditabungkan tadi duduk sama-sama kira berapa banyak duit untuk dia dah dikumpulkan. Proses pengiraan bersama adalah proses paling memuaskan tak tergambar dek kata-kata. Anda mesti kena try buat. Bunyi gemersik lembut duit RM20 tu bergeseran memang tak boleh nak diucapkan.

Dah jadi rutin sekeluarganya untuk buat ‘trick’ luar biasa itu sejak setahun lalu. Walaupun pernah sampai 10 keping RM20 terkorban dalam satu hari dan keluar jugalah air mata ibu.

Tapi, nikmatnya adalah dalam masa 365 hari, mereka berjaya kumpul RM12,600 untuk anak.

Yang penting perasaan seronok dapat kumpul dalam tak sedar tu tak tau nak luah macam mana. Rasa nak lompat bintang!

6 teknik simpan duit berkesan, boleh cuba untuk saat kecemasan

Kenapa RM20?

1. Lebih senang nampak

Iklan

Disebabkan warna oren, anda akan sedar dengan cepat yang itu duit yang kau kena simpan. Secara automatik anda akan tepikan. Tak lah terlalu besar macam RM50 sampai rasa macam nak tersedak bila nak asingkan. Huhu!

2. Paksa diri suami isteri

Pernah dengar simpanan ikut hari seperti hari pertama RM1, hari kedua RM2, sampailah hari ke 30 dalam bulan tu RM30. Banyak jugak sebenarnya bilaanda simpan duit ikut hari, busuk-busuk dalam RM500 jugalah anda dapat sebulan.

Kalau tak paksa diri, anda boleh ‘shopping online’ berleluasa tapi menyimpan rasa payah! Jangan risau anda tak akan mati kebuluran.

3. Terjamin jumlah simpanan

Memandangkan menyimpan RM20, bila dah mula, anda akan latih diri dan minda tanpa sedar yang RM20 ini hak anak. Mula-mula rasa terbeban tapi lama-lama akan rasa seronok tengok duit itu makin banyak dan kita tahu jumlahnya tak lah sikit.

Iklan

Jadi, ini cara yang mungkin ibu bapa boleh paksa diri untuk buat kalau tak dapat simpan beribu sebulan untuk anak sebab kita bukan orang kaya. Lainlah kita dah memang stabil ada ‘lebih’ tiap bulan.

Bila sudah mula menyimpan memang kita akan bentuk disiplin kita sikit. Jangan memboros sangat. Kalau tak boleh RM20, RM5 atau RM10 pun boleh. Asalkan anda mula. Selagi tak mula selagi tu botol tempeyek tu kosong.

Sangat memberi inspirasi kan? Ayuh mula menyimpan wang untuk masa depan.

Kita pun boleh jadi seperti wanita ini yang berjaya simpan duit anak RM12,600 setahun. Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI