BARU-baru ini tular satu rakaman yang memaparkan dua beradik yang begitu gembira dapat bergambar dengan pemandu lori sampah.

Apa yang lebih membanggakan apabila kanak-kanak berkenaan mempunyai cita-cita untuk bekerja mengutip sisa kotoran itu.

Video itu telah dimuat naik di laman sosial, Tiktok oleh @Eyjarahim dan telah mendapat 1.4 juta tontonan dengan 211.3k tanda suka.

@eyjarahimDia kata “kerja angkat sampah baik. Kasih sayang.” Terima kasih ‘abang lori sampah’ melayan kerenah anak kami. ❤️✨

♬ original sound – Rachel Grae

Menurut Eyja, anak-anaknya begitu minat dengan lori sampah.

“Setiap kali bunyi lori sampah, dia ajak jumpa abang ni,” kata Eyja.

Bagi memenuhi keinginan itu, ibu dan ayah kepada kanak-kanak berkenaan menunaikan permintaan dengan membawa mereka berjumpa lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori sampah.

Rakaman itu telah menarik perhatian warga maya dan rata-rata mereka berbangga dengan cara didikan ibu bapa.

“Didikan mak ayahnya sangat hebat, semoga menjadi anak yang soleh solehah ya.”

“MasyaALLAH, hasil didikan yang baik daripada ibu bapa. Doakan kami suami isteri dikurniakan anak-anak soleh solehah ya.”

Baca juga: [VIDEO] Anak kecil melompat kegembiraan melihat lori ayah dari jejantas

“Thank you sebab ajar anak-anak tidak merendahkan pekerjaan mulia ni. Semoga anak-anak dan parents diberkati. Abang driver lori pun semoga dimurahkan rezeki.”

“Anak adalah cerminan orang tuanya, tahniah sis dan husband.”

“Anak-anak suci pemikirannya seperti kain putih, ibu bapa yang mencorakkan mereka. Tahniah sebab dapat menjadi ibu bapa yang positif.”

Jadi benarlah perumpamaan bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Anak-anak itu cerminan kepada kedua orang tuanya.

Justeru, SinarPlus pada kali ini ingin berkongsi empat tip mengajar anak untuk lebih menghargai, ini yang perlu diketahui:

1. Ibu bapa sebagai model tingkah laku.

Ibu bapa merupakan insan yang begitu hampir dengan anak-anak dan sudah tentu mereka akan meneliti perilaku kedua orang tua.

Oleh itu, ibu bapa hendaklah mempamerkan tingkah laku baik yang boleh dicontohi.

Baca juga: [VIDEO] Bahaya, lelaki cuba ceroboh masuk kereta, mujur wanita ini sempat kunci pintu

Iklan

2. Gunakan kraf dan kreativiti.

Ibu bapa mahupun guru hendaklah mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti yang boleh mereka lahirkan rasa syukur seperti melakukan kegiatan sukarelawan atau lebih mengajar mereka untuk mensyukuri makanan yang mereka makan.

Walaupun, ia dilihat sebagai satu perkara kecil tetapi sebenarnya melatih diri anak-anak untuk sentiasa menghargai.

3. Mendedahkan bacaan buku kepada anak-anak.

Pendedahan awal amat digalakkan kerana anak-anak mudah untuk dibentuk sewaktu mereka di usia yang muda. Hal ini kerana, melalui pembacaan dapat mengajar anak tentang penghargaan dan nilai teras keluarga.

Iklan

4. Elakkan perilaku memaksa anak mengucapkan penghargaan.

Sering dilihat, ibu bapa mencuba membantu anak-anak menjadi seorang yang tahu erti menghargai tetapi pendekatan seperti paksaan, ancaman atau hukuman semata-mata untuk mereka bersyukur dan menghargai adalah tidak baik.

Sebaliknya, penghargaan dan rasa syukur perlu terbit secara semula jadi di dalam hati mereka supaya ia menjadi tabiat sepanjang hayat.

Justeru, tidak salah jika anak-anak mengidolakan pekerja pemandu lori sampah mahupun pengutip sampah kerana itu juga pekerjaan yang mulia.

Baca juga: Kreatif! Wanita tunjuk cara simpan duit anak RM12,600 setahun

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI