Justin Bieber mungkin perlu tunggu 6 bulan pulih lumpuh muka, berisiko pekak

Iklan
justin bieber (1)

JUSTIN Bieber baru-baru ini mengalami jangkitan virus yang menyebabkan separuh mukanya lumpuh. Sindrom Ramsay Hunt yang dialaminya memerlukan masa enam bulan untuk pulih, malah berisiko pekak.

Suami kepada Hailey Rhode Bieber itu malah dikatakan berisiko kehilangan pendengaran atau pekak.

Iklan
Iklan

Pakar bedah plastik muka, Pusat Perubatan Mount Sinai, New York City, Dr Josh Rosenberg, memberitahu Daily Mail pesakit sindrom Ramsay Hunt biasanya pulih dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Baca juga: Justin Bieber lumpuh separuh muka diserang virus, berkelip sebelah mata

Iklan

Baca juga: Lelaki dedah stroke muka terdedah aircond lama, berikut fakta Bell’s Palsy

Iklan

Menurut pakar dari Universiti Washington, Dr Nina Lu, Bieber mungkin akan mengambil masa berbulan-bulan untuk pulih.

[caption id="attachment_84488" width="1024"] Pakar dari Universiti Washington,Dr Nina Lu (kiri) dan pakar bedah plastik, Pusat Perubatan Mount Sinai, New York City, Dr Josh Rosenberg[/caption]

Kedua-dua doktor menegaskan, pemulihan mungkin hanya memakan masa beberapa minggu sahaja kerana faktor usia Bieber yang masih muda. Malah diagnosis awal juga membantu.

"Kadangkala pemulihan agak pantas iaitu hanya beberapa minggu namun ada yang mengambil masa berbulan-bulan,” kata Dr Lu.

Baca juga: Justin Bieber berhabis RM5,800 beli dadah dikecam

Dr Lu berkata penghidap sindrom Ramsay Hunt kadangkala mengalami synkinensis iaitu pengecutan tidak terkawal pada otot muka pada.

Seramai 70 peratus pesakit pulih manakala 30 peratus lagi akan mengalami synkinensis separa.

Gejala lain termasuk lumpuh muka, ruam melepuh dan sakit pada muka dan telinga.

Pesakit sindrom tersebut mungkin mengalami tinnitus atau deringan di telinga, bahkan boleh pekak!

Rawatan untuk jangkitan biasanya melibatkan pengambilan ubat antivirus atau steroid.

Baca juga: 5 perkara ibu bapa boleh buat segera jika si manja diserang jangkitan cacar air

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI