Elak penyakit jantung, strok, kanser, ini 10 sayuran wajib ambil dalam seminggu

Iklan
Elak penyakit jantung, strok, kanser, ini 10 sayuran wajib ambil dalam seminggu

ELAK risiko serangan penyakit jantung, strok, kanser dan pelbagai lagi, kita digalakkan mengambil sayuran dalam pemakanan harian.

Umum mungkin sudah tahu kebaikan makan sayur dan buah, namun masih ada individu yang tidak mahu atau tidak gemar untuk mengambilnya.

Iklan
Iklan

Sayur terutamanya adalah sangat penting dalam usaha menjaga kesihatan tubuh badan agar kekal sihat dan kuat.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan agar individu mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan sayur dan buah setiap hari.

Iklan

Tujuannya adalah untuk mengelakkan risiko penyakit jantung, strok, kanser dan pelbagai lagi penyakit lain.

Ini kerana kedua-duanya mengandungi lambakan jenis vitamin serta mineral yang mampu membantu tubuh badan untuk berfungsi dengan lebih baik.

Iklan

Menurut Pakar Perubatan dan Kesihatan, Dr Noordin Darus, ini 10 sayuran terbaik untuk kesihatan yang wajib diambil dalam seminggu.

Ujarnya, pengambilan secara harian juga digalakkan. Boleh juga bertukar-tukar menu dalam seminggu.

1. Bawang putih

Memakan bawang putih yang mentah atau yang telah dibakar mampu mencegah penyakit darah tinggi.

Bawang putih mampu meningkatkan penghasilan nitric oxide secara tidak langsung mengembangkan saluran darah dan melancarkan pengaliran darah.

Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser.

Baca juga Pucat, letih mungkin anemia, kurang zat besi, ini makanan tambah darah

2. Bawang

Bawang merah kaya dengan serat yang baik bagi pertumbuhan bakteria baik dalam usus, ia membantu melancarkan sistem penghadaman dan memastikan pergerakan usus yang baik.

Ia juga mengandungi bahan kimia saponin yang boleh membantu mengurangkan sakit dan kekejangan perut.

Bawang merah juga membantu membuang toksik di dalam badan, seterusnya membantu melambatkan lagi proses penuaan.

Ia dikatakan kaya dengan vitamin C yang juga sejenis antioksidan. Vitamin C ini membantu melawan radikal bebas yang berpotensi merosakkan sel-sel di dalam badan.

Risiko penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis dan kanser dapat dikurangkan.

Ia turut mengandungi selenium, yang dipercayai mampu membantu meningkatkan sistem imun.

3. Kubis

Selain harganya murah, kubis kaya dengan pelbagai komponen penting yang boleh memberi khasiat kepada kesihatan kita.

Antara komponen yang dapat ditemui di dalam kubis termasuklah vitamin A, C, dan E, mineral, serat dan antioksidan.

Vitamin-vitamin ini bertindak samada secara sendiri atau secara bersama bagi melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit.

Di samping itu, kubis juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti kalium, magnesium, dan mangan yang bagus untuk fungsi badan. Ia juga tinggi dengan zat besi yang memainkan peranan penting dalam proses pembentukan sel darah merah di dalam badan.

Boleh dibuat jeruk. Bila ia disimpan lama-lama menjadi probiotik bagus untuk bakteria.

4. Cili benggala

Lada atau cili benggala adalah antara sayuran yang sangat sihat. Ia membekalkan serat, zat besi dan juga folat yang mampu menyokong kesihatan usus selain berfungsi baik untuk sistem kardiovaskular.

Lada benggala juga merupakan sumber kalium dan vitamin A yang baik untuk tubuh.

Menerusi kehadiran kalium, ia membantu menjaga kesihatan jantung dengan cara menurunkan tekanan darah dan mengurangkan penampilan perut buncit dengan mengurangkan pengekalan air di dalam tubuh.

5. Kubis Brussel atau brussel sprouts

Kubis Brussel atau brussel sprouts mengandungi kandungan antioksidan seperti vitamin C dan beta-karotena (vitamin A) serta sebatian nitrogen yang dikenali sebagai indole yang dikatakan mampu mengurangkn risiko beberapa kanser tertentu.

Ia juga kaya dengan serat pemakanan, mineral dan vitamin. Kehadiran vitamin C dan beta-karotena dalam kubis brussel juga dikatakan mampu mencegah jangkitan penyakit. Kekebalan tubuh dapat diperbaiki dengan pencegahan jangkitan.

Baca juga Naik berat badan, tua lebih cepat, 5 risiko orang muda tidur lewat

6. Kubis bunga

Kubis bunga kaya dengan serat, folat, air, rendah lemak dan rendah karbohidrat. Ia mempunyai beberapa fitokimia yang banyak terdapat dalam keluarga kubis yang memberi manfaat kepada kesihatan manusia.

Malahan, ia juga kaya dengan vitamin C, vitamin K, vitamin B-6, tiamin, riboflavin, niasin dan alfatokoferol. Kubis bunga juga menyediakan sejumlah mineral penting seperti kalsium, magnesium, kalium dan mangan.

7. Salad

Kandungan polifenol yang tinggi di dalam daun salad mampu membantu mengawal jumlah gula di dalam darah.

Daun salad mampu mengurangkan penghasilan nitrik oksida, salah satu pencetus utama kepada keradangan.

Kandungan antioksida yang tinggi di dalam daun salad seperti vitamin C dapat menyokong sistem pertahanan badan lalu menjadi benteng perlindungan daripada penyakit.

Salad juga mengandungi kalsium (nutrien yang menguatkan gigi dan tulang, mbantu fungsi urat, saraf, dan penggumpalan darah), vitamin K, (mencegah keretakan tulang), vitamin B9 (bantu hasilkan DNA dan bahan genetik) dan kalium (turunkan tekanan darah).

8. Brokoli

Brokoli mengandungi kaempferol di mana komponen ini bersifat antioksidan dan mampu untuk mencegah penyakit jantung, kanser dan keradangan. Ia juga sayur yang kaya dengan kandungan vitamin C.

Brokoli juga kaya dengan sulforaphane iaitu sejenis komponen yang melindungi tubuh dari pelbagai jenis kanser.

9. Tomato

Tomato mengandungi kandungan air sebanyak 95 peratus dan selebihnya adalah karbohidrat dan serat.

Tomato mengandungi antioksidan yang dinamakan lycopene. Ia merupakan antioksidan yang dikatakan berfungsi untuk melindungi kesihatan jantung.

Paling penting, tomato merupakan antara sumber makanan yang mampu melawan penyakit berbahaya seperti diabetes dan kanser.

Baca juga Pendek umur dan senang gemuk jika tidur lewat malam? Berikut penjelasan pakar

10. Avocado

Pengambilan makanan tinggi nutrisi seperti avocado secara kerap boleh membantu melindungi jantung.

Vitamin, mineral, lemak sihat dan serat yang terdapat dalam buah ini, memainkan peranan dalam memastikan sistem kardiovaskular sihat.

Penemuan kajian mendapati, diet yang lengkap dengan buah avocado boleh membantu mencegah penyakit jantung.

Buah avocado juga membantu meningkatkan paras kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik dan mengurangkan kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikaitkan dengan pembentukan plak di sepanjang dinding arteri.

Selain vitamin, mineral, lemak sihat dan serat, avocado sarat dengan sebatian bioaktif termasuk karotenoid, vitamin C, vitamin E dan sebatian fenolik.

Jadi untuk mengelakkan risiko serangan penyakit jantung, strok, kanser dan pelbagai lagi, jadikan 10 sayuran terbaik ini dalam menu harian kita. Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.