PERNAH dengar tak, kalau tidur lewat malam, kita boleh pendek umur dan senang sangat nak gemuk?

Ya lah, sebenarnya orang sukan berjaga malam ada beberapa sebab.

Sebahagian daripada kita terpaksa melangsaikan tugasan sekolah, universiti mahupun kerja.

Namun, rasanya lebih ramai yang berbuat demikian kerana menonton televisyen. Betul tak?

Barangkali ramai yang tahu, tabiat berkenaan boleh memudaratkan kesihatan.

Baru-baru ini seorang pengguna Tiktok di Indonesia @OlszaLau berkongsi situasinya yang pernah terkena strok pada usia muda kerana suka berjaga lewat malam.

Menurutnya, akibatnya beliau telah dirawat di hospital kerana berlaku pendarahan pada pembuluh darah otaknya sehingga menyebabkannya koma!

“Saya rasa kalau melakukan aktiviti atau pekerjaan pada waktu malam lebih produktif dan tabiat itu telah dilakukan sejak mulanya pandemik sehingga tahun 2021.

“Akibatnya, saya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan koma,” ujarnya kepada Detik Health.

BAHAYA BERJAGA LEWAT MALAM

Sementara itu, Pakar Kesihatan Tidur, Hospital Mitra Kemayoran, Dr Adreas Prasadja berkata, masyarakat sering menganggap aktiviti tidur sesuatu yang malas dan tidak produktif sedangkan berjaga malam itu punca awal daripada segala penyakit.

Tegas Dr Adreas, kesihatan bukan sekadar makan dan bersenam, tetapi perkara paling asas adalah cukup tidur.

“Jika tidak cukup tidur, bersenam juga menjadi bahaya dan tidak produktif serta prestasinya juga menurun. Ia juga boleh menyebabkan umur seseorang semakin pendek,” ulasnya.

Berikut beberapa kesan sekiranya seseorang berjaga lewat malam. Antaranya seperti:

i. Prestasi otak menurun

– Berjaga malam boleh menyebabkan daya tumpuan seseorang menurun. Apabila tidur terganggu, kesihatan dan prestasi otak juga terganggu.

– Rugi jika berjaga untuk menyiapkan tugasan kerja tetapi tetap mengantuk dan menyebabkan konsentrasi menurun.

Iklan

ii. Kemalangan ketika bekerja

– Selalunya tidur lambat boleh menyebabkan rasa mengantuk semasa melakukan aktiviti kerja. Paling bahaya, rasa mengantuk boleh menyebabkan kemalangan ketika kerja.

– Orang mengantuk lebih berbahaya daripada mereka yang mabuk.

iii. Daya tahan berkurang

– Tidur adalah sangat penting untuk memulihkan badan. Jika seseorang kerap berjaga malam, badan akan terdedah kepada penyakit jantung dan angin ahmar.

– Berjaga malam juga berisiko mengganggu pengaliran saluran darah kita.

Iklan

iv. Obesiti

– Dalam sesetengah kes, berjaga tidur boleh meningkatkan risiko obesiti dan boleh menyebabkan kolesterol serta gula dalam darah meningkat.

Baca juga Naik berat badan, tua lebih cepat, 5 risiko orang muda tidur lewat

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI