PUCAT sering letih adalah antara petanda anak mengalami anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi. Ambil langkah awal memberikan makanan untuk menambah darah.

Anemia ialah satu keadaan di mana badan kekurangan sel darah merah. Ia juga salah satu petanda kekurangan zat besi.

Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh badan.

Menurut MyHealth, terdapat pelbagai jenis anemia. Antaranya ialah anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi yang banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

Anemia akibat kekurangan zat besi terjadi apabila tubuh kekurangan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang bermutu. Zat besi merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sel darah merah.

Kekurangan zat besi menyebabkan badan tidak boleh menghasilkan hemoglobin (Hb) iaitu protein penting dalam sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh badan.

Hal ini mengakibatkan badan kekurangan sel darah merah dan akan mengalami tanda-tanda seperti pucat dan mudah keletihan.

Baca juga: Selalu emosi, cepat letih, luka lambat sembuh antara 7 tanda tubuh tidak cukup protein

 

Apa yang menyebabkan kurang zat besi?

Terdapat beberapa sebab kekurangan zat besi dalam badan iaitu :

  • Kehilangan darah
  • Kurang bekalan zat besi dalam badan
  • Kurang kebolehan untuk penyerapan zat besi

Kanak-kanak mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi.

Bayi dan kanak–kanak yang mempunyai risiko yang tinggi ialah di kalangan kumpulan yang berikut :

  1. Bayi yang dilahirkan pramatang (awal tiga  minggu dari tarikh dijangka bersalin) dan juga bayi yang kurang berat badan (<2.5kg)
  2. Bayi yang minum susu lembu sebelum berumur satu tahun
  3. Bayi yang menyusu badan dan tidak diberi makanan yang kaya dengan zat besi apabila mencapai umur enam bulan.
  4. Bayi yang minum susu formula yang tidak diperkaya dengan zat besi
  5. Kanak-kanak berumursatu hingga lima tahun yang minum susu formula, susu lembu, susu kambing atau susu soya lebih dari 24 auns (710 milliliter) sehari
  6. Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti jangkitan kronik ataupun regim pemakanan yang ketat
  7. Kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun yang terdedah kepada plumbum
  8. Kanak-kanak yang mempunyai masalah kecacingan

Remaja perempuan juga berisiko tinggi untuk mendapat anemia kekurangan zat besi kerana mereka kehilangan zat besi semasa haid.

Baca juga: Tergamaknya ibu, sanggup bungkus jasad bayi dalam kotak di asrama

Tanda-tanda kekurangan zat besi

Pada peringkat awal, kesan kekurangan zat besi tidak begitu ketara dan jarang disedari. Lama-kelamaan tanpa rawatan, anemia menjadi lebih teruk dan kesannya boleh dilihat. Kanak-kanak akan menunjukkan gejala seperti berikut:

-Merasa cepat letih lebih dari biasa
-Merasa mudah marah
-Pening kepala
-Sukar menumpukan perhatian atau berfikir

Baca juga: Pesakit anemia kena waspada kalau mahu minum teh. Ini sebab-sebabnya

Apabila anemia semakin teruk, lebih banyak tanda akan dialami seperti :

1.Mata putih kelihatan kebiruan

2.Kuku menjadi rapuh dan senang patah

3.Keinginan untuk makan ais atau yang “bukan makanan” (pika) seperti plastik

4.Berasa pening apabila berdiri dari posisi duduk

5.Kulit menjadi pucat

6.Sesak nafas

Iklan

7.Lidah merasa pedih

8.Degupan jantung yang cepat

Ibu ayah, jangan membuat diagnosis sendiri sebaliknya dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Anemia kekurangan zat besi ini dikesan melalui beberapa ujian darah. American Academy of Pedaitrics (AAP) mencadangkan agar semua bayi menjalani ujian saringan anemia kekurangan zat besi apabila mencapai usia sembilan hingga 12 bulan.

Mereka yang mempunyai risiko tinggi perlu mengulangi ujian saringan ini bila mengalami tanda-tanda anemia.

Makanan kaya zat besi

Rawatan untuk penyakit anemia kekurangan zat besi ialah dengan pengambilan zat besi tambahan dan juga makanan yang kaya dengan zat besi.

Berikut adalah makanan yang kaya dengan zat besi yang boleh diambil untuk menampung keperluan zat besi mereka.

1.Ayam
2.Kekacang seperti kacang merah dan kacang pis
3.Ikan
4.Daging (hati merupakan bahagian yang kaya dengan zat besi)
5.Jem kacang
6.Kacang soya
7.Roti
8.Oat
9.Kismis
10.Sayuran hijau seperti bayam

Iklan

Sebenarnya anemia boleh dielakkan dengan memastikan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi dengan cukup.

Ibu bapa perlu memastikan bayi berumur enam bulan ke atas ditambah dan diperkenalkan dengan makanan yang kaya dengan zat besi.

Selain itu, pastikan kanak-kanak berumur lebih dari satu tahun untuk tidak mengambil susu secara berlebihan (lebih daripada 24 auns sehari).

Pengambilan susu yang berlebihan ini akan menyebabkan tiada ruang untuk makanan yang kaya dengan zat besi.

Selain itu, pastikan si kecil mengambil sajian yang kaya dengan vitamin C kerana ia membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik.

Baca juga: 10 makanan tambah darah buat anda yang anemia

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI