Penyanyi ‘I Believe I Can Fly’, R Kelly dipenjara 30 tahun pemerdagangan seksual wanita, kanak-kanak

Iklan
r kelly (1)

PENYANYI Amerika Syarikat yang popular dengan lagu I Believe I Can Fly pada era 90-an, R Kelly dijatuhi hukuman penjara 30 tahun kerana menggunakan status selebritinya untuk mendera kanak-kanak dan wanita secara seksual.

Artis R&B berusia 55 itu telah disabitkan pada September lalu di New York atas tuduhan jenayah pemerdagangan seks.

Iklan
Iklan

Peguam untuk penyanyi itu, yang nama sebenarnya, berkata dia akan membuat rayuan.

Iklan

Baca juga: Kris Wu ditahan atas tuduhan merogol

Baca juga: Bekas bintang K-Pop, Seungri dipenjara kerana skandal seks dan perjudian

Iklan

Menjelang hukumannya, segelintir wanita mengambil pendirian untuk berhadapan dengan Kelly.

Penyanyi hadir di Mahkamah Daerah di New York selepas beberapa kali penangguhan. Dia telah menghadapi hukuman minimum 10 tahun dan maksimum penjara seumur hidup.

Hakim Daerah S Ann Donnelly berkata, selebriti itu telah menggunakan seks sebagai senjata, memaksa mangsanya melakukan perkara yang tidak sepatutnya hingga ada yang dijangkiti penyakit kelamin.

"Kamu mengajar mereka bahawa cinta adalah perhambaan dan keganasan," kata Hakim kepada R Kelly.

Juri dalam perbicaraan selama enam minggu di Brooklyn mendengar bagaimana Kelly memperdagangkan wanita antara negeri di Amerika Syarikat dibantu oleh pengurus, pengawal keselamatan dan pasukan 'tour'.

Perbicaraan juga mendedahkan Kelly mendapatkan memalskukan kebenaran untuk berkahwin dengan penyanyi Aaliyah ketika berusia 15 tahun pada 1994, tujuh tahun sebelum penyanyi itu meninggal dunia dalam nahas pesawat.

Baca juga: Hati-hati wanita, diumpan tumpang kereta, ibu, anak 6 tahun dinoda lelaki bernafsu binatang

Dokumen palsu itu meminda umur Aaliyah dari 15 tahun ketika itu kepada 18 tahun. Perkahwinan tersebut bagaimanapun dibatalkan beberapa bulan kemudian.

Tetapi peguamnya meminta hukuman 10 tahun minimum mandatori untuk sabitannya atau kurang.

Pihak pembelaan menggambarkan Kelly sebagai lelaki yang membesar dalam kemiskinan dan keluarga yang penuh dengan keganasan rumah tangga. Dia malah dikatakan mengalami penderaan seksual sejak usia muda.

Baca juga: Minta bayar duit yuran sekolah anak, wanita parah dibelasah suami!

[caption id="attachment_85964" width="1024"] Gambar hiasan[/caption]

Salah seorang mangsa, Lizzette Martinez, yang menjadi mangsa Kelly ketika berusia 17 tahun, berkata bahawa terdapat Kelly menggunakan pengaruhnya bagi mengaburi mata orang sekeliling dan mengelak keadilan selama bertahun-tahun kerana ‘kuasa selebriti’.

"Dia mempunyai semua sumber, kami tidak seperti itu. Dia boleh mendapat bantuan.

"Saya percaya bahawa dia hanya membuat banyak wang untuk begitu banyak orang berkuasa sehingga mereka melindunginya," atanya kepada BBC News.

Kelly dipenjara sejak didakwa oleh pendakwa raya persekutuan di New York dan Chicago pada Julai 2019.

Baca juga: [VIDEO] Wanita meraung kesakitan, dakwa dipukul suami. Jiran segera report polis

[caption id="attachment_85985" width="1024"] Mangsa-mangsa R Kelly bersatu menuntut keadilan[/caption]

Tiga tahu dipenjara penyanyi itu melalui pelbagai peristiwa termasuk dipukul oleh rakan banduan pada 2020 dan positif Covid-19 awal tahun ini.

Penyanyi itu berdepan tindakan undang-undang selanjutnya pada Ogos dan bakal dibicarakan semula di Chicago atas kesalahan menghasilkan pornografi kanak-kanak dan menuntun kanak-kanak bawah umur ke dalam aksi seksual.

Malah R Kelly juga menghadapi tuduhan penderaan seks di mahkamah di Illinois dan Minnesota.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.