MAKHLUK ALLAH SWT diciptakan berpasang-pasangan supaya kita mampu menjadi khalifah di bumi.

Kehidupan berpasangan membuahkan ketenangan yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.

Ia turut membuatkan kita lebih bersemangat bekerja dan beramal kepada MAHA PENCIPTA.

Ada pendapat mengatakan meskipun pada zaman moden majoriti wanita berpendidikan, bekerjaya dan berdikari, tetapi mereka sukar untuk meneruskan kehidupan tanpa sokongan lelaki.

Pun begitu, untuk memiliki pasangan adalah bergantung pada kesesuaian masa dan fokus utama seseorang wanita itu.

Situasinya simple!

Suami, fahamilah... ini yang tidak terluah oleh isteri

Ada perempuan yang habis pengajian ijazah sambung peringkat master dan PhD. Jadi keutamaan bukan pada lelaki kerana mereka ingin menimba ilmu dan mencapai cita-citanya.

Ada wanita yang sudah bekerja ingin berbakti terlebih dahulu kepada orang tua. Membalas jasa dan menggembirakan hati mereka dengan menyediakan segala keperluan

Pendek kata, keutamaan bukan pada lelaki, sebaliknya membahagiakan orang tuanya.

Ada wanita yang telah berpisah ingin bangkit semula membina kehidupan baharu. Menstabilkan diri dari segi kewangan demi kebajikan dan kelangsungan hidup khususnya bersama anak-anak.

Suami tanggung dosa isteri

Iklan

Baca juga Bayangan sistem kesihatan bakal lumpuh. Usah tuding jari, sama-sama membantu

Persoalannya, adakah wanita memerlukan lelaki?

Ya, wanita perlukan lelaki dalam hidup, tetapi mengimpikan:

Iklan
  • Lelaki yang menghargai, menyayangi dan melihat segala usaha dan pengorbanannya.
  • Lelaki yang tak menzalimi dan tidak mendatangkan kemudaratan.
  • Lelaki yang tak mendera emosi, fizikal dan mental.

Kesimpulannya, wanita memerlukan pasangan yang boleh membahagiakan.

Andai pihak lelaki tiada keinginan atau dorongan untuk menjadi seperti dinyatakan, maka wanita bisa menyayangi, menghargai dan membahagiakan dirinya sendiri.

Sumber: Firdaus Shakirin