Anak 3 bulan maut digigit, keluarga dakwa ibu dirasuk

Iklan
4

ANAK yang masih kecil memerlukan penjagaan rapi. Ironinya, seorang bayi malang di Kabupaten ini maut di tangan ibu sendiri. Keluarga pula mengesyaki insiden itu berpunca daripada kerasukan.

Menurut Antaranews, jasad bayi berkenaan yang baru sahaja berusia tiga bulan penuh dengan kesan luka gigitan. Luka gigitan dapat dilihat jelas pada pipi kiri, hidung dan tangan kiri

Iklan
Iklan

Tidak jelas apakah punca ibu muda itu menggigit bayi yang dilahirkannya sendiri. Berdasarkan keterangan awal daripada saksi, ibu berkenaan sebelum ini mempunyai masalah gangguan mental.

Iklan

Saksi pertama sampai mendapati mangsa di atas tikar ditutup dengan kain batik sudah. Di sebelah mayat mangsa, kelihatan bapa kandungnya menangis melihat bayinya yang sudah terbaring kaku.

Iklan

Manakala ibu berkenaan yang menjadi suspek berdiri di hadapan pintu bilik tidur sambil mendukung anak sulungnya yang berusia dua tahun.

Ditanya apa yang dilakukan kepada anaknya, wanita itu kelihatan bingung.

"Saya tak tahu apa-apa,” katanya keliru.

Doktor yang bertugas Dr Heny Kustanti Nurwaidah mengesahkan bayi berkenaan telah meninggal dunia sebelum dibawa ke klinik. Katanya, hasil pemeriksaan terdapat lebam pada hidung, pipi kiri dan kanak serta kedua-dua belah tangan.

MEROYAN

Meroyan, istilah masalah psikiatri yang khusus buat ibu selepas bersalin. Gerun kalau ia benar-benar terjadi dan jika tidak dirawat dari awal kerana boleh memberikan kesan yang serius kepada ibu dan bayi . Jadi, ibu selepas bersalin jangan ambil mudah kalau pernah alami 10 tanda ini.

Ia bermula dengan keadaan post partum baby blues yang hanya dialami oleh kira-kira 50 peratus ibu baru bersalin dan akan hilang pada 10 hari selepas kelahiran.

Manakala kemurungan selepas bersalin atau post partum depression pula ialah post partum baby blues yang berlanjutan melebihi dua minggu dan lebih mendalam. Ia terjadi kepada kira-kira 15 peratus wanita selepas bersalin. Jika dibiarkan dan tidak dirawat segera, ia boleh menjadi lebih teruk iaitu psikosis selepas bersalin atau meroyan.

Menurut pakar psikiatri, para ibu tidak boleh ambil mudah tentang perubahan emosi dalam masa awal selepas bersalin kerana ia boleh jadi salah satu petanda masalah emosi ini.

Antara tanda-tanda meroyan yang sering dialami ibu ialah seperti berikut;

1. Gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang

2. Sering merasa keletihan kerana kurang rehat atau kurang tidur. Walau pun bayi dapat tidur lena.

3. Mengalami kesukaran dalam sesuatu hal tetapi tidak mendapatkan bantuan orang lain.

4. Memencilkan diri atau bersendirian.

5. Tidak suka bercakap dan banyak memendamkan perasaan.

6. Perasaan yang tidak stabil dan berubah-ubah seperti kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis.

8. Mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusi.

9. Mempunyai anggapan bahawa bayinya cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang dilahirkan bukan anaknya atau bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya.

10. Mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan diri ibu, menyuruh ibu membunuh bayi dan sebagainya.

11.Ibu tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut dan ada yang mencuba membunuh bayi mereka sendiri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.