"YA ALLAH, aku ingat cucu dah mati, aku ingat cucu dah mati”.
Demikian kata-kata diucapkan Aminah Ahmad, 75, mangsa banjir di Baling, Kedah yang tidak menyangka akan bertemu lagi cucunya selepas menempuhi bencana yang cukup tragis.
Warga emas berkenaan menyangka cucunya sudah dihanyutkan arus banjir semasa bencana itu membadai kediaman mereka baru-baru ini.
Aminah yang lebih suka bahasakan dirinya sebagai Tok baru lepas solat Asar berkata beliau baharu sahaja membancuhkan air untuk cucunya yang terlantar atas katil akibat demam. Keluar saja dari bilik cucu itu, air banjir mula memasuk ruang dalam rumah.
Baca juga: Sedihnya! Mayat wanita hamil, ibu mentua ditemui berpelukan, 8 fakta banjir di Baling
Baca juga: Mata biru unik, 6 beranak di Baling jadi tumpuan, ini cerita benar
[caption id="attachment_86546" width="1024"] Kredit foto: Facebook Ustazah Asma' Harun[/caption]
"Dalam masa kurang dari lima minit air paras buku lali sudah naik ke pinggang, Allahuakbar. Aminah menceritakan beliau amat panik waktu tu. Sementelah sudah berusia 75 tahun, lalu hanya mampu fikir untuk selamatkan diri. Kalimah ‘ALLAH’ tak putus keluar dari bibir.
"Aminah terpaksa berpaut di tiang luar rumah dalam keadaan kudratnya yang sangat terbatas. Bila anaknya tiba, perkara pertama beliau minta ialah sehelai kain untuk menutup aurat di bahagian kepala dengan sempurna. Subhanallah,” titip Ustazah Asma’.
[caption id="attachment_86551" width="1024"] Kredit foto: BERNAMA[/caption]
"Sangat menyayat hati sewaktu team (Sahabat Amal Care) sedang melayani beliau, tiba-tiba cucu yang disangka telah mati hanyut memegang bahu beliau dengan lembut dari belakang sambil sebut perlahan dengan nada sebak, ‘Tok’.
"Sesaat Aminah menoleh ke belakang dan terus merangkul cucunya itu dalam pelukan erat sambil menangis teresak-esak kedua-duanya. Siapa sangka, masing-masing rasa bagai sudah bertemu pengakhiran, rupanya ALLAH Ya Jami’ menyatukan mereka semula hari ini. Subhanallah, Allahuakbar,” titipnya.
Malah team Sahabat Amal Care terkedu dengan persiapan yang beliau lakukan untuk hadapi hari kematian. Lengkap dengan kain kafan yang sudah disimpan kemas dalam almari dan duit untuk pengurusan jenazahnya.
"Sebenarnya sejak tiga hari sebelum bah terjadi, Tok rasa membuak sangat dada dengan rasa rindu nak jumpa Nabi Muhammad.
"Banyak kali tok fikir rasa nak sangat jumpa Baginda, nak minum air telaga Baginda. Apabila dengar orang selawat Tok akan menangis. Tapi ALLAH datangkan air bah ni, Tok anggap mungkin dengan cara ni Dia nak bagi Tok jumpa Nabi,” cerita Aminah.
Ustazah Asma’ dalam hantarannya menyifatkan wanita itu merupakan seorang yang sangat zuhud walaupun diberi ujian yang dahsyat.
[caption id="attachment_86553" width="1024"] Keadaan rumah penduduk daerah Baling selepas dilanda banjir baru-baru ini. Kredit foto: BERNAMA[/caption]
"Selalu bersangka baik dengan ALLAH, saya percaya sebab itulah hidupnya bahagia. Semasa banjir memasuki rumahnya, bukan sedikit kehilangan yang terpaksa ditanggung.
"Jujurnya beliau seorang yang sangat menginspirasikan, akhlak terhadap Allah sangat terpelihara. Semoga Tok Aminah sentiasa dalam peliharaan ALLAH SWT dan diberi ganjaran syurga serta dibangkitkan bersama Nabi Muhammad SAW,” tutur Ustazah Asma’.
Siapa sangka di sebalik banjir besar yang melanda tersembunyi hikmah dan ibrahnya. Semoga urusan mangsa-mangsa banjir di tanah air di Baling, Kedah dipermudah dan ditabahkan hati dalam menghadapi dugaan ini.
Baca juga: Cara mudah pantau aras air sungai berhampiran, bersedia hadapi banjir
Sumber: Facebook Ustazah Asma' Harun
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan