DISEMBER lalu, negara kita digemparkan dengan situasi banjir terburuk yang melanda beberapa negeri termasuk di Lembah Klang.

Belum pun sampai tiga bulan bencana tidak dijangka itu berlaku, beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang semalam sekali lagi dinaiki air akibat banjir kilat yang bermula sekitar jam 3 petang.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Banjir kilat yang mula melanda ibu negara itu menjejaskan sekurang-kurangnya 23 kawasan dan menyebabkan ratusan rumah dan ribuan kenderaan terjejas akibat ditenggelami air.

Menurut Menteri Alam Sekitar, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, kejadian banjir berkenaan berpunca daripada hujan luar biasa dalam tempoh dua jam menyebabkan sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti aliran air yang tinggi.

Katanya, bacaan hujan yang tinggi dalam tempoh dua jam telah direkodkan di stesen Taman Desa SMART dengan bacaan 106.5 milimeter (mm), manakala Stesen Air Panas dengan bacaan 155 mm.

Sedangkan kebiasaannya, bacaan hujan setahun adalah sebanyak 2,500 mm, manakala 200 mm bagi sebulan.

Baca juga [VIDEO] Lembah Klang dilanda banjir kilat, Terowong Kuchai, Smart Tunnel ditutup

Iklan

Justeru, keadaan banjir Lembah Klang dan negeri-negeri di pantai timur sebelum ini perlu dijadikan iktibar kepada semua pihak agar lebih peka dengan keadaan cuaca dan sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan situasi terburuk.

Penduduk yang berada di lokasi yang pernah terlibat dengan banjir perlulah mula melatih untuk segera menyelamatkan diri dan keluarga sekiranya hujan berterusan dan air mulai naik di kawasan masing-masing.

Iklan

Selain itu, orang ramai juga boleh memantau sendiri aras air sungai di kawasan masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga di website info banjir di https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air/data-paras-air/?state=SEL&lang=en

Baca juga Jalan berlubang, PLUS tawar bantuan buat pengguna terkesan di NKVE

Dalam pada itu, antara persiapan lain yang sangat penting dalam menghadapi bencana banjir seperti menyediakan bekalan kecemasan sekiranya terperangkap di rumah, contohnya air minum, makanan kering, ubat-ubatan serta 'powerbank' untuk mengecas telefon bimbit sementara menunggu bantuan tiba.