Tarikh jangka sudah lepas belum bersalin lagi, ibu hamil 'overdue' lebih 42 minggu ini puncanya

Iklan
kehamilan overdue (2)

TARIKH jangkaan bersalin menjadi rujukan para ibu bagi membuat persediaan proses kelahiran. Tempoh normal kehamilan adalah di antara 37 hingga 42 minggu. Namun, ada kandungan ibu hamil yang melepasi tarikh tersebut. Malah ada yang melebihi 42 minggu.

Kira-kira 60 peratus wanita akan bersalin pada atau sebelum tarikh jangkaan bersalin. Satu daripada 10 bayi akan dilahirkan melebihi 42 minggu kehamilan.

Iklan
Iklan

Berdasarkan statistik ini, anda tentu tertanya-tanya apakah yang menyumbang kepada kelahiran yang lewat.

Baca juga: Ingat sembelit, wanita tak sedar hamil bersalin di tandas, hampir ‘flush’ bayi sendiri

Iklan

Menurut data klinikal, hanya empat peratus iaitu satu daripada 20 wanita akan bersalin pada tarikh jangkaan bersalin.

Iklan

Penetapan tarikh bersalin adalah amat penting bagi menentukan sama ada ibu hamil benar-benar 'postmatang'. Penetapan tarikh kelahiran secara tepat perlu dilakukan pada usia awal kehamilan dengan menggunakan tarikh hari pertama haid yang terakhir berdasarkan pengiraan peraturan Naegele's dan juga menjalani ujian imbasan ultrasound awal (dating scan).

Baca juga: Buang air besar tanda waktu bersalin sangat dekat, 8 perkara ibu perlu hadamkan elak kematian bayi

Baca juga: Pucat, letih mungkin anemia, kurang zat besi, ini makanan tambah darah

Dalam kebanyakan kes, penyebab kehamilan 'postmatang' adalah tidak diketahui.

Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang meletakkan ibu hamil sebagai kategori berisiko tinggi untuk kehamilan 'postmatang' iaitu :

  1. Ibu yang hamil kali pertama
  2. Ibu yang mempunyai sejarah kehamilan 'postmatang' sebelumnya
  3. Faktor genetik turut boleh memainkan peranan. Satu kajian menunjukkan peningkatan risiko kehamilan 'postmatang' terjadi kepada wanita lahir sebagai bayi 'postmatang'!

Bagaimanapun, risiko ini agak kecil dengan hanya empat hingga tujuh kematian bagi setiap 1000 kelahiran berbanding dua hingga tiga kematian bagi setiap 1000 kelahiran untuk kehamilan normal.

Baca juga: Pakai inai semasa hamil, bersalin cetus timbul tanya, ini yang perlu ibu tahu

Baca juga: Kaedah Penjagaan Ibu Kanggaru (KMC) ‘terapi’ terbaik untuk kelahiran anak tak cukup bulan. Para ibu boleh cuba pendekatan ini

Risiko lain kehamilan 'postmatang' adalah seperti berikut;

-Saiz badan besar - bayi 'postmatang' berisiko lebih besar (makrosomia) iaitu yang ditakrifkan sebagai seberat melebihi daripada 4 kilogram (kg). Hal ini berkait rapat dengan komplikasi trauma kelahiran pada bayi (distosia bahu)

-‘Postmaturity syndrome’ iaitu ini merujuk kepada janin yang pertumbuhannya dalam rahim ibu terbantut selepas tarikh jangkaan. Ia lazimnya disebabkan oleh masalah dengan pengaliran darah ke janin melalui plasenta.

-Sindrom Aspirasi Mekonium atau lebih dikenali sebagai keadaan di mana bayi ‘tertelan najis’. Lebih lama melepasi tarikh jangkaan bersalin, bayi cenderung untuk mengalami sindrom ini yang boleh menyebabkan masalah pernafasan ketika proses kelahiran.

-Risiko kepada ibu termasuk masalah ketika kelahiran, kecederaan pada bahagian perineum dan peningkatan kadar kelahiran melalui pembedahan caesarean.

Baca juga: Bersalin secara czer: Ini pro, kontra yang perlu para ibu hadam

Tips untuk ibu hamil 'postmatang'

1-Sentiasa aktif bergerak, usah hanya berbaring sahaja

2-Lakukan senaman mudah dan tidak membahayakan seperti berjalan, yoga atau senaman Kegel

3-Sentiasa peka dan pantau pergerakan bayi

4-Jangan takut untuk melakukan hubungan intim! Kajian klinikal menunjukkan air mani suami mengandungi prostaglandin yang menyebabkan kontraksi dan mencetuskan proses kelahiran

5-Bertenang kerana stres menyebabkan badan ibu tidak bersedia untuk bersalin

6-Amalkan doa dan zikir

Diharapkan tip ini dapat membantu para ibu yang gusar akan keadaan kandungan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin.

Usah ambil mudah dan hanya meneka keadaan bayi. Anda dinasihatkan mendapatkan bantuan dan konsultasi perubatan bagi mengesahkannya.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ibu cerita pengalaman bersalin bayi 5.6 kilogram, terlalu besar, perlu disambut 2 orang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.