VAPE dan pod pernah dikaitkan sebagai pengganti rokok atau alternatif untuk berhenti merokok. Akan tetapi, tahukah anda ia boleh mengakibatkan kemerosotan kesihatan. Kisah paru-paru bocor akibat penggunaan alat berkenaan wajar dijadikan pengajaran buat kaum wanita.
Vape dan pod menjadi satu fenomena yang luar biasa tidak lama dahulu dan menjadi ikutan termasuk wanita di seluruh dunia.
Menurut Hello Doktor, daripada hanya 25 juta pengguna pada tahun 2015, jumlah pengguna vape global telah mencecah 41 juta pada tahun 2018.
Baca juga: Kos rawat pesakit kanser akibat nikotin cecah RM150,000. KKM wujudkan pelan generasi tak kenal rokok
Tular baru-baru ini seorang pengguna Tiktok @sxffiinzm berkongsi video suaminya mengalami paru-paru bocor akibat penggunaan vape berlebihan.
Menerusi video yang dimuat naik wanita berkenaan, dada suaminya ditebuk pada bahagian rusuk untuk mengeluarkan asap berlebihan dalam paru-paru.
Katanya lagi, penggunaan vape sangat berbahaya bagi penghidap asma kerana ia melemahkan sistem paru-paru.
"Tebuk dada ya, bukan tebuk daging dada untuk keluarkan angin. Kalau tidak berjaya, perlu bedah. Nasib baik berjaya,” katanya.
Sue turut berkongsi tanda-tanda paru-paru bocor yang dialami suaminya.
Baca juga: Ibarat bom jangka. Perokok dan penghisap vape berisiko tinggi dijangkiti Covid-19
"Apabila bernafas dada akan rasa menyucuk dan berbunyi air. Suami sakit tiga hari sebelum ke Klinik Kesihatan.
Menerusi ruangan komen, warga maya berkongsi pengalaman turut mengalami situasi yang sama selepas menggunakan vape dan pod.
-"Pneumothorex. Saya pernah kena tahun 2010. Dua kali tebuk perut, masuk hospital tapi paru-paru masih tidak kembang. Penyudahnya belah belakang badan dalam 15 sentimeter.”
-"Semoga cepat sembuh. Macam suami saya paru paru bocor. Kali pertama berjaya tapi tidak sangka terjadi sekali lagi selepas itu.”
-"Abang saya pun macam ini. Ditebuk rusuk kanan, kemudian doktor pasang tiub dan balang besar untuk buang angin. Bila darah mengalir masuk balang, ia berbuih.”
-"Saya hampir kena tebuk. Mulanya nafas jadi tidak sampai. Pegi X-ray, nampak penuh asap dan nikotin dalam paru paru.”
[caption id="attachment_87997" width="800"] Kredit foto: Unsplash[/caption]
Justeru, wanita berwaspadalah. Jangan biarkan diri menjadi mangsa rokok, vape dan pod.
[caption id="attachment_87998" width="800"] Kredit foto; Unsplash[/caption]
Diharapkan dengan pelaksanaan Generasi Penamat (GEG) yang melarang sebarang bentuk penjualan, pembelian dan pemilikan produk tembakau dan produk pengganti tembakau termasuk vape bagi mereka yang lahir pada 1 Januari 2005 seterusnya menghalang pelbagai komplikasi kronik seperti kanser, jantung, radang paru-paru dan banyak lagi boleh tercetus akibat merokok.
Baca juga: Kos rawat pesakit kanser akibat nikotin cecah RM150,000. KKM wujudkan pelan generasi tak kenal rokok
Sumber: TikTok @sxffiinzm
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.