Ibu temani anak demam tidur ditikam hingga bocor paru-paru, ini kronologi kejadian

ditanam hidup-hidup
ditanam hidup-hidup
A
A
A

SEPERTI tak terjangkau dek akal apabila seorang anak tergamak menikam ibu sendiri!

Namun itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang ditikam anak lelakinya ketika sedang tidur.

Anak lelaki yang juga pelajar tingkatan dua itu dilaporkan bertindak sedemikian dengan menggunakan pisau dalam kejadian di Bukit Yong, Pasir Puteh, Kelantan malam kelmarin.

Mangsa telah ditikam ketika sedang tidur di dalam sebuah bilik bersama suspek kira-kira jam 11.45 malam Selasa.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Datuk Mohd Nor Yazhid Idris, berikut kronologi kejadian;

1. Mangsa (ibu) telah ditikam di bahagian dada.

2. Mangsa yang berusia 41 tahun bersama suspek (anak ketiga) sedang tidur dalam bilik yang sama apabila tiba-tiba mangsa terasa sakit pada bahagian dada.

3. Apabila tersedar, mangsa melihat pisau tertusuk di bahagian dadanya.

4. Mangsa telah cuba memanggil suaminya yang tidur di bahagian hadapan ruang tamu rumah untuk pertolongan semasa kejadian.

5. Setelah bertindak mengeluarkan pisau tersebut sendiri, mangsa kemudian tidak sedarkan diri.

Baca juga [VIDEO] Kanak-kanak nyaris dihempap kabinet TV, berikut 10 tip rumah selamat untuk si kecil

6. Mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh oleh suaminya.

7. Hasil siasatan awal juga mendapati bahawa mangsa telah ditikam oleh suspek menggunakan sebilah pisau yang diambil daripada dapur.

8. Difahamkan, suspek memerlukan pemantauan daripada mangsa kerana mengalami demam sejak dua hari yang lalu.

9. Suspek telah berjaya ditahan dan akan direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Doktor mengesahkan bahawa kesan tikaman tersebut telah membocorkan organ paru-paru bahagian kiri.

Mangsa perlu dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu untuk rawatan lanjut kerana kehilangan darah yang banyak.

Sementara itu, menurut portal myhealth, demam yang tinggi antara 103°F (39.4°C) dan 106°F (41.1°C) boleh menyebabkan;

  • halusinasi
  • kekeliruan
  • mudah marah
  • sawan
  • dehidrasi

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca