LUKISAN karya kanak-kanak Malaysia, Emma Lou, direalisasikan sebagai maskot Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Lou, 10, mereka bentuk maskot Perry The Bull dan diisytiharkan sebagai pemenang pertandingan peringkat kebangsaan yang berlangsung pada musim panas 2020.
Pencapaian gadis cilik kelahiran tanah air itu turut dikongsikan oleh akaun Twitter rasmi milik Olympic Malaysia.
Baca juga: Terjatuh tingkat 5, kanak-kanak 2 tahun panjang umur, selamat disambut hero
Pertandingan itu turut disertai lebih 50 orang kanak-kanak di seluruh Birmingham dan West Midlands, berumur dari lima hingga 15 tahun bagi mencipta maskot yang mencerminkan identiti, warisan dan budaya Birmingham serta West Midlands, England.
"Saya rasa seolah-olah bermimpi! Saya rasa maskot itu hebat, dia kelihatan sangat comel.
"Saya memilih lembu jantan kerana Bullring di Birmingham, menggunakan heksagon kerana ia adalah bentuk yang paling kuat dan seluruh dunia bergantung antara satu sama lain. Saya sangat teruja bahawa rekaan saya akan dilihat oleh ramai orang," kata Lou mengulas karyanya.
Baca juga: Rangkul emas pertama acara terjun Sukan SEA 2021, berikut 5 info membanggakan Dhabitah
Temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 dijadualkan akan berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos yang akan disertai 72 pasukan.
Baca juga: Pecahkan rekod dunia 12.12 saat 100 meter lari berpagar, kenali atlet wanita Tobi Amusan
Sumber:">Twitter Olympic Malaysia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.