TERJATUH dari tingkat lima sudah cukup untuk mengakibatkan kecederaan parah yang boleh meragut nyawa. Berpantang maut sebelum ajal, kanak-kanak berusia dua tahun di China terselamat apabila muncul seorang ‘hero’ yang tidak disangka-sangka.

Antara kecederaan yang digeruni apabila terjatuh dari tempat tinggi ialah kecederaan kepala traumatik atau traumatic brain injury (TBI).

Namun kanak-kanak yang menjadi mangsa dalam kejadian di Tongxiang di provinsi Zhejiang, China ini sangat bertuah kerana kehadiran lelaki tepat pada masanya menjadi ‘hero’ penyelamat.

Baca juga: Jatuh tingkat 21 tak mati, wanita ‘panjang umur’ hanya patah bahu

Baca juga: Ditinggalkan ibu ke dobi, kanak-kanak 4 tahun maut terjatuh kondominium 35 tingkat

Baca juga: Dua beradik dicampak dari tingkat 15 oleh bapa kandung sendiri, kisah tragis ini buat ramai berang

Kejadian berkenaan menjadi tular di laman sosial Weibo baru-baru ini apabila video yang merakamkan kejadian berkenaan dikongsi oleh laman sosial polis Jiaxing.

Menerusi video, kanak-kanak itu kelihatan kemudian keluar dari tingkap sebuah kediaman di tingkat lima sebelum jatuh di atas bumbung di tingkat satu dan bergolek ke arah laluan pejalan kaki.

Seorang pekerja bank yang dikenali sebagai Shen Dong, 31, secara spontan menyambut tubuh kanak-kanak kecil itu dari terjatuh ke atas lantai konkrit.

Shen ketika itu baru sahaja memarkir kereta di seberang jalan. Sebaik mendengar bunyi yang kuat, dia terus berlari ke lokasi kejadian. Shen bersama rakan sekerja wanita cuba membantu.

Sedang dia menelefon pasukan penyelamat, kanak-kanak itu tiba-tiba bergolek jatuh. Shen melemparkan serta-merta telefon bimbit di genggaman untuk menyambut tubuh kanak-kanak itu sekali gus menyelamatkannya.

Baca juga: Penghantar makanan maut kemalangan, tak sempat bergelar bapa

Lelaki itu berkata dia tidak menyedari mangsa adalah seorang kanak-kanak sehingga si kecil itu mula bergerak beberapa saat selepas jatuh di bahagian bumbung.

“Sejujurnya, saya tidak ingat butir-butir kejadian. Saya juga terlupa sama ada lengan saya sakit pada ketika itu. Ia hanya naluri untuk menyelamatkannya.

“Mujur saya hadir pada masa yang tepat. Jika tidak, ia tentu mengerikan,” katanya. 

Menurut Shen, kanak-kanak itu terselamat kerana permukaan bumbung keluli tingkat satu agak lembut seterusnya mengurangkan risiko kecederaan serius.

Si kecil berkenaan selamat, dengan hanya patah kaki dan kecederaan paru-paru. Perkembangannya juga dilaporkan stabil.

Menurut South China Morning Post, warganet negara itu tidak putus-putus memuji tindakan pantas Shen.

“Dia seorang adiwira, melangkah dengan berani pada saat genting. Saya harap dia mendapat telefon bimbit sebagai ganjaran kerana telefonnya yang lama pasti sudah rosak,” komen seorang pengguna laman sosial Weibo.

Baca juga: Ibu terkejut, anak 2 tahun ditinggal sendirian dalam taska berkunci dan gelap

8 tip cegah kemalangan terjatuh di rumah

Kebanyakan kemalangan terjatuh boleh dicegah. Berikut beberapa langkah yang boleh dilakukan ibu bapa bagi mengelakkan kemalangan terjatuh daripada berlaku di rumah.

Gambar hiasan

1.Pasang pagar keselamatan berhampiran anak tangga bawah dan atas serta jeriji keselamatan pada tingkap dan pintu.
2.Pastikan semua tangga diterangi cahaya lampu.
3.Pastikan anak tidak dibiarkan berseorangan di tingkat atas, beranda atau di tempat yang tinggi.
4.Simpan semua permaidani yang dilipat dan barang-barang supaya tidak berselerak di atas lantai.
5.Lap segera lantai basah akibat tumpahan air atau makanan bagi mengelakkan lantai licin.
6.Elakkan meletak kerusi dan perabot berhampiran tingkap atau balkoni.
7.Cuci bilik mandi dengan kerap untuk mengelak lantai daripada berlumut dan menjadi licin.
8. Sekiranya ketinggian balkoni adalah melebihi satu meter dari aras tanah, ia perlu dipasang pagar atau penghadang.

Baca juga: Kanak-kanak 4 tahun temui ajal, ditinggal ibu bapa dalam kereta suhu 49 darjah Celsius

Sumber: South China Morning Post, KalingaTV

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.