COTTAGE Pie, sajian yang enak berperisa. Setiap suapan pai ‘terasa’ dagingnya, lazat dan berlemak dengan kentang lenyek. Memang padu!
Cottage Pie berasal dari United Kingdom dan Ireland sejak abad ke-18 dan kini popular di seluruh dunia.
Pada zaman itu, penduduk Britain yang kekurangan sumber mula menggunakan kentang sebagai makanan harian.
Baca juga: Resipi Tat Telur ‘macam kedai’ sukatan cawan, rangup di luar, lembut di dalam
Baca juga: Aglio olio sempoi buat bekal anak sekolah, mudah disediakan dan jimat masa
Semenjak itu, mana-mana pai yang diperbuat daripada apa juga daging dan menggunakan ‘topping’ kentang dipanggil Cottage Pie.
Jangan keliru antara Cottage Pie dan Shepherd's Pie kerana sama sekali tidak sama. Perbezaan kedua-duanya terletak kepada daging yang digunakan.
Shepherd's Pie mengunakan daging kambing manakala Cottage Pie pula menggunakan daging lembu. Namun gabungan sos bolognese daging dan kentang lenyek menghasilkan rasa unik yang lazat.
Baca juga: Spaghetti sardin kena selera orang kita, mudah sahaja buat di rumah
Baca juga: Baked macaroni bebola daging dengan keju leleh mudah bikin, menggamit selera
Berbicara mengenai pai daging ini, tentunya ramai yang ‘kecur’ dan terliur. Perkongsian resipi daripada pengguna Facebook, Nurha Muhammad ini boleh dijadikan panduan.
COTTAGE PIE
Kentang lenyek
Bahan- bahan
4 biji kentang Russet
2 sudu besar mentega
3 sudu besar susu penuh krim
1/3 cawan keju cheddar blok (sagat)
Lada sulah dan serbuk lada hitam secukupnya
Sos Bolognese
Bahan- bahan
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 biji bawang Holland (cincang dadu)
400 gram daging kisar
4 biji cendawan butang ( hiris nipis)
1/2 tin tomato puri
1 biji tomato ( potong dadu)
Lada hitam kasar
Garam, gula secukupnya
1 sudu besar mixed herb/ Italian seasoning
1/2 cawan air
Baca juga: Ini rupanya rahsia boko jadi sedap. Tip Opah ini boleh jadi panduan
LANGKAH PENYEDIAAN
1. Kupas dan bersihkan kentang Russet. Potong kecil dan rebus hingga empuk.
2. Sementara kentang empuk, sediakan sos bolognese.
3. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang Holland hingga keperangan.
4. Masukkan daging kisar dan goreng hingga daging masak. Masukkan lada hitam dan sedikit garam ketika memasak daging.
5. Masukkan cendawan butang. Kacau rata.
6. Masukkan tomato, tomato puri dan air.
7. Perisakan dengan mixed herb, lada hitam kisar, gula dan garam secukupnya.
8. Masak hingga kuah sedikit pekat. Tutup api.
9. Untuk kentang pula, setelah empuk angkat dan lenyekkan.
10. Masukkan mentega, susu penuh krim, keju cheddar, lada sulah dan serbuk lada hitam ketika kentang masih panas. Kacau sebati.
11. Panaskan oven pada suhu 180 darjah Celcius. Sediakan bekas yang sesuai dan masukkan sos bolognese diikuti dengan kentang lenyek. Ratakan. Boleh letak tomato ceri jika suka.
12. Bakar selama 30 minit atau sehingga keperangan. Sedia dihidang. Sedap dimakan ketika masih panas.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurha Muhammad
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.