PERCAYA atau tidak, makanan ‘favourite’ kita hari ini adalah apa yang telah didedahkan  oleh ibu bapa dan keluarga setelah sekian lama.

Lebih-lebih lagi, kita di Malaysia, masyarakat kita kebanyakannya sudah sebati dengan pelbagai jenis sajian yang berasal daripada masyarakat berbilang bangsa.

Namun seorang wanita di United Kingdom, Zoe Sandler, baru sahaja merasa pelbagai jenis makanan pada usia 25 tahun.

Baca juga: Ditinggalkan suami, wanita tertekan hingga jadi pelupa, trauma, tak mandi 3 bulan

Siapa sangka wanita itu sebelum ini hanya mampu memakan sandwich dan kerepek kentang perisa bawang dan kentang selama hampir suku abad!

NDTV melaporkan Sandler hanya mampu menerima makanan lain selepas menjalani rawatan hipnosis.

Menurut Wales Online, wanita berkaca mata itu memakan dua paket kerepek kegemarannya setiap hari selepas makanan lain menyebabkan dia berasa sakit secara fizikal.

 

Dia biasa memakan kerepek yang diletakkan dijadikan inti sandwich roti putih disapu mentega sejak dia masih kecil.

Ibu bapanya telah berusaha cuba memperkenalkan makanan lain, namun Sandler enggan memakannya.

“Saya masih ingat ketika bersekolah, hanya ada sandwic berinti kerepek didalam kotak bekal. Ia adalah satu-satunya hidangan yang saya suka makan, “katanya.

Selain itu, Sandler mendedahkan akan memakan bijirin tanpa susu untuk sarapan pagi diikuti dengan sandwich kerepek untuk makan tengah hari dan makan malam.

Sesekali dia bertukar-tukar perisa kerepek iaitu keju dan bawang kepada yang lain, asalkan teksturnya kekal rangup.

Kesukaran yang dialaminya memuncak apabila tiba waktu perayaan seperti Krismas kerana tidak berselera memakan sajian yang dihidang.

Dia hanya mampu memakan puding Yorkshire iaitu puding bakar yang diperbuat daripada adunan telur, tepung, dan susu tanpa setitik pun kuah.

Segalanya berlarutan saban tahun sehingga masalah pemakanannya itu mula mengakibatkan masalah kesihatan.

Sandler mula mengalami kesan selepas disahkan mengalami penyakit multiple sclerosis (MS) iaitu sejenis penyakit saraf autoimun yang menyebabkan keradangan sistem saraf pusat.

MS menyebabkan sistem imun menyerang mielin iaitu lapisan perlindungan yang menyelaputi serat saraf.

Serangan ini menyebabkan radang dan tisu berparut lalu menyukarkan otak menghantar isyarat kepada bahagian lain badan. Secara beransur-ansur, MS menyebabkan kemerosotan otak seterusnya menimbulkan kerosakan mental dan kehilangan upaya dari segi fizikal penghidapnya.

MS menjadi faktor terkuat Sandler berusaha meningkatkan tahap kesihatannya. Dia menghubungi pakar hipnotis, David Kilmurry yang sebelum ini berjaya membantu mereka yang menderita cerewet makan yang ekstrem.

Hanya selepas menjalani dua sesi hipnoterapi selama dua jam, dia berupaya merasa kali pertama buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang lain.

“Saya tidak percaya betapa sedapnya strawberi dan saya juga mencuba sotong cili Wagamama yang benar-benar pedas.

“Saya tidak sabar-sabar untuk mencuba kari dan banyak makanan lain,” katanya.

Dalam catatan media sosial, Kilmurry memaklumkan bahawa Sandler telah didiagnosis dengan avoidant/restrictive food intake disorder (ARFID).

Ia juga dikenali sebagai neophobia yang pada asasnya adalah fobia terhadap makanan yang mengehadkan penghidap memakan makanan tertentu yang sama setiap hari. Katanya penghidap ARFID boleh hidup bertahun-tahun tanpa mencuba makanan baru.

“Dalam masa yang singkat dia boleh memakan dengan tenang makanan baru. Kini Sandler mula memasukkan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran bermutu tinggi baru ke dalam senarai makanan selamatnya,” kata Kilmurry.

Iklan

Tambahnya, Sandler juga telah mencuba kubis, beri biru, kacang dan buah kranberi dan terus teruja untuk mencuba beberapa makanan lain.

Sandler kini bersungguh-sungguh mengatasi obsesinya terhadap sandwich dan kerepek kentang dan berharap untuk menikmati hidangan makanan biasa di majlis perkahwinannya pada Mac 2023 nanti.

Daripada kisah ini, jelaslah masalah pemakanan seperti ‘picky eater’ jika tidak ditangani dari awal akan memberikan impak buruk kepada kesihatan.

Ramai kanak-kanak yang cerewet makan sehingga menimbulkan masalah tumbesaran seperti bantut. Cegahlah segera pada peringkat awal, anda mampu mengubahnya.

SIMPTOM AVOIDANT/RESTRICTIVE FOOD INTAKE DISORDER (ARFID)

Menurut Kidshealth, berikut adalah gejala yang dialami oleh masalah pemakanan yang disebut sebagai avoidant/restrictive food intake disorder.

-Enggan makan secara tiba-tiba; misalnya tidak mahu mengambil makanan yang dimakan sebelum ini.

-Takut tercekik atau muntah.

-Putus selera makan tanpa sebab yang diketahui.

Iklan

-Proses makan yang sangat lambat..

-Kesukaran makan bersama keluarga atau rakan.

-Berat badan tidak bertambah lagi atau hilang berat badan.

-Tiada pertumbuhan atau bantut.

Baca juga: Wanita selamatkan dan rawat 28,000 kucing terbiar. Peruntuk RM70 juta setahun untuk pusat perlindungan

Baca juga: 20 tahun hidup jadi wanita, tak sangka jantina sebenarnya lelaki

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI