"Siapa nak buat baju tak seksi, boleh roger aku tau," - azam Rico Rinaldi selepas balik dari haji

Iklan
4

BAJU wanita adalah antara rekaan yang dihasilkan pereka fesyen. Kepelbagaian fesyen dan trend semasa mempengaruhi. Melakukan perubahan diri selepas menunaikan haji, kisah pereka fesyen, Rico Rinaldi ini menjentik hati.

Hijrah ke arah kebaikan selepas selesai menunaikan haji adalah adalah kurniaan buat mereka yang beroleh haji yang mabrur. Perkara itu tentunya bukan mudah, tambahan pula bagi pereka berbakat sepertinya yang sentiasa menjadi buruan.

Iklan
Iklan

Menjadi tetamu ALLAH di Tanah Suci Makkah sebagai jemaah haji, Rico membuat pengakuan tentang pengorbanan dalam kerjayanya.

Pemegang Diploma Fesyen dan Rekaan dari Universiti Lim Kok Wing itu meluahkannya menerusi laman sosial Instagram. Menurut Rico segalanya bermula apabila beliau mendapatkan penjelasan pendakwah, Ustazah Asma’ Harun.

Iklan

Baca juga: Rico Rinaldi lancar aplikasi fesyen, urusan pembelian jadi lebih mudah

Baca juga: Wanita Malaysia tak berani pilih warna kuning. Ini penjelasan pereka fesyen Rico

Iklan

"Insya-ALLAH aku cuba perbaiki. Terima kasih @ustazahasmaharun atas pencerahan yang terbuku selama ini.

"Aku perlukan doa dan dorongan semua customer. Untuk pengetahuan aku tak dapat nak buat (tempahan) baju yang tidak ada full lining. Insya-ALLAH slowly ya.

"Tapi tiada diskriminasi untuk mereka yang tidak berhijab, insya-ALLAH ini hijrah dan pengorbanan kecil saya,” titipnya yang berkongsi video penerangan Ustazah Asma’.

Video yang dirakam mengandungi pencerahan bagi menjawab persoalan Rico sama ada sumber daripada menerima tempahan baju agak seksi.

Dalam perkembangan terbaru, Rico mendedahkan seramai 10 orang meminta bayaran pendahuluan (deposit) setelah keputusan itu dibuat. Ia disifatkan Rico sebagai satu tamparan hebat.

Baca juga: Rico Rinaldi bantu taja khemah khas untuk pesakit, staf Covid-19 Hospital Putrajaya

Baca juga: 5 pengantin popular bualan netizen 2020, Mira Filzah juara carta

"Kalau kalian hendak tau, bila aku buat keputusan ini sebaik sahaja aku dapat penjelasan daripada Ustazah Asma' Harun hampir 10 orang customer minta deposit booking balik. Fuhh satu tamparan hebat pernah aku alami. Bayangkan satu customer kau boleh dapat paling kurang RM3,500 hingga RM5,000

Tapi tidak, aku percaya seperti mana yang ustazah cakap, rezeki yang berkat itu bukan manusia yang bagi, tapi ALLAH. Rezeki berkat itu luas, dia bukan banyak tapi dia boleh bawa ke syurga.

"Kau bayangkan rezeki tidak berkat itu macam mana? Ok kau banyak duit, then kau beli rumah, kereta, bagi asnaf bagi sedekah tapi semua tu tak berkat. Benda yang patut jadi pahala ke alam barzakh mungkin boleh jadi sebaliknya. Takut memang takut. Aku cuba istiqamah dan aku amat mengharapkan doa dan sokongan korang. Benda ni kita tak tau kan? Bahkan kalau aku sudah akad dengan customer tu pun (contoh: Saya buat baju seksi awak ni tapi saya tak nak tanggung dosa ya) tapi sebenarnya aku jugak yang buat baju tu. Tak apa, slowly aku belajar, slowly customer akan faham. Korang boleh tengok video pencerahan ustazah di Instagram .

"Semoga kita semua dapat masuk syurga sama-sama ok. Bagi yang tidak mahu buat baju seksi boleh roger aku tau,” ciap Rico.

Baca juga: Wanita keliru bab inai celup dan sah solat, Ustazah Asma’ kongsi penerangan lengkap